Seminar Asas E-Commerce (WordPress & Woocommerce)

Tarikh

21 September 2019

Masa

08.00 am - 05.00 pm

Terhad

4 penyertaan shj

LOKASI

Pejabat Top Print Village

,


APA ITU E-COMMERCE?

E-commerce atau dalam Bahasa Melayu dipanggil E-dagang merupakan perniagaan yang dilakukan menggunakan laman web, di mana segala produk dan info produk, tempahan dan pembayaran dibuat di laman web berkenaan.

Zaman online sekarang, amat rugi jika sesuatu perniagaan tidak mewujudkan e-commerce sendiri kerana e-commerce mampu meningkatkan jualan berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

PERLUKAH E-COMMERCE UNTUK PERNIAGAAN ANDA?

Jika anda tidak mahu mengembangkan perniagaan anda menjadi satu perniagaan yang pesat, e-commerce tidak sesuai untuk perniagaan anda. Sebaliknya, e-commerce sangat-sangat penting bagi memastikan perniagaan anda berkembang maju.

Antara sebabnya:

E-Commerce adalah premis digital anda – Mana-mana perniagaan yang mahu dipercayai pelanggan perlu memiliki premis fizikal. Tetapi, zaman sekarang manusia lebih ramai meneroka alam maya internet. Jadi, e-commerce adalah premis digital anda di alam maya. Orang lebih yakin jika premis anda ada di mana-mana.

Buka 24 jam, jimat kos, capaian lebih luas – E-commerce anda boleh dibuka 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu, tanpa perlu anda menjaganya sepertimana anda menjaga premis fizikal. Kos penyelenggaraan e-commerce juga rendah berbanding premis fizikal. Bukan itu saja, orang di USA pun boleh datang ke premis digital anda bila-bila masa mereka mahu.

Tempahan dan rekod jualan lebih tersusun dan pembayaran lebih cepat – Di web e-commerce, anda dapat menerima tempahan terus di web tanpa perlu berhubung melalui mesej seperti whatsapp. Setiap tempahan anda direkod dengan lebih tersusun dan lebih mudah untuk disemak semula. Pelanggan juga dapat membuat pembayaran lebih cepat di web anda.

Paparan produk lebih menarik dan profesional – Di web e-commerce anda, anda boleh paparkan produk anda mengikut kemahuan anda sendiri. Susunan produk yang cantik dan menarik akan menarik minat dan keyakinan pelanggan. Pelanggan juga boleh memberi ulasan dan rating kepada produk anda.

Rekrutmen agen, stokis, dropship dan referal lebih bersistematik – Kebanyakan bisnes dapat berkembang lebih cepat dengan adanya agen atau referal. Dengan e-commerce, sistem rekrutmen anda akan lebih bersistematik dari segi rekod jualan agen, id agen, komisen agen serta fokus jualan agen mengikut trend semasa.

Jenama mampu bersaing dengan jenama besar dan bisnes mampu bertahan lebih lama – Sudah banyak kisah-kisah jenama kecil yang mampu menyaingi jenama terkenal hanya dengan web. Bahkan, bisnes yang memiliki web e-commerce lebih bertahan lama berbanding bisnes yang tiada e-commerce.

APA YANG ANDA AKAN DAPAT DARIPADA SEMINAR INI?

  • Belajar cara pasang WordPress di CPanel.
  • Belajar asas menggunakan WordPress untuk membina laman web.
  • Belajar bina e-commerce sendiri dengan WooCommerce, jimat berkali ganda.
  • Cara pasang dan guna plugin-plugin penting untuk e-commerce anda.
  • Cara pasang sistem dropship, menetapkan harga dropship dan pendaftaran agen dropship.
  • Anda akan dapat sebuah web ecommerce yang boleh terus diguna untuk perniagaan anda selepas habis seminar.
  • Web ecommerce anda akan disenaraikan dalam ruangan Perniagaan di HabNiaga.com.
Paparan 1 E-Commerce
Paparan 2 E-Commerce
Laporan jualan WooCommerce

SIAPA YANG PERLU SERTAI SEMINAR INI?

  • Pemilik produk yang mahu lariskan lagi jualan.
  • Pemilik bisnes yang mahu kembangkan lagi bisnes.
  • Peniaga sambilan yang ada perancangan untuk berniaga sepenuh masa.
  • Suri rumah yang mahu membina home business dengan lebih berjaya.
  • Pelajar yang mahu mendalami ilmu e-commerce.
  • Pekerja syarikat yang mahu berjinak-jinak dengan dunia perniagaan digital.
  • Anda yang baca iklan seminar ini.

MODUL SEMINAR

Hari Pertama

  • Cara pasang WordPress di CPanel
  • Asas WordPress
  • Cara pasang plugin penting untuk WordPress
  • Cara pasang theme untuk WordPress

Hari Kedua

  • Cara pasang plugin WooCommercer di WordPress
  • Asas WooCommerce
  • Cara masukkan produk, urus tempahan dan susun produk
  • Pasang sistem dropship

TENAGA PENGAJAR

MOHD UBAIDILLAH BIN DRAMAN merupakan web developer dan designer di bawah Qaf Creative (qafcreative.com).

Beliau telah berkecimpung dalam dunia website terutamanya WordPress sudah lebih 10 tahun.

Beliau kini sedang menjalankan beberapa projek pembangunan laman web seperti habniaga.com dan printvillage.my.

Di samping itu, beliau juga sedang membangunkan beberapa plugin WordPress dan Woocommerce untuk dipasarkan kepada pengguna WordPress di serluruh pelusuk dunia.

Kini, beliau menganjurkan seminar pembangunan laman web dan ecommerce menggunakan WordPress dan Woocommerce.

BONUS EKSKLUSIF

  • Percuma laman web (domain dan hosting) untuk setahun (bernilai RM60 setahun).
  • Bantuan teknikal percuma selama 6 bulan untuk e-commerce yang anda bina di seminar ini.
  • Bantuan percuma cara-cara untuk pasang dan set sistem dropship untuk e-commerce anda.
  • Percuma 30 kredit Hab Niaga, boleh guna kredit ini untuk promosikan perniagaan anda di HabNiaga.com.

Bonus-bonus ini khas untuk seminar eksklusif sahaja.


Yuran Pendaftaran

RM790

RM290

seorang

Seminar telah tamat


Disclaimer

  1. Seminar ini lebih kepada mengajar teknikal membina e-commerce menggunakan WordPress dan WooCommerce, bukan pemasaran.
  2. Kami tidak menjanjikan pulangan segera selepas seminar ini.
  3. Modul yang diajar adalah asas kepada e-commerce menggunakan wordpress dan woocommerce sahaja.
  4. Yuran yang telah dibayar tidak boleh dituntut kembali.
  5. Penyertaan hanya diterima melalui laman ini sahaja.
Menu Utama