A&W bakal buka 15 cawangan baru

George Ang (kiri) pada majlis pembukaan cawangan A&W di Eko Cheras Mall baru-baru ini yang turut dihadiri selebriti tanah air, Nabila Razali. Foto: FB A&W Malaysia

Modal perbelanjaan berjumlah RM25 juta diperuntukkan oleh A&W (Malaysia) Sdn Bhd (A&W Malaysia) pada tahun 2019 bagi membuka 15 cawangan baru.

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia berkata, sasaran 60 buah cawangan dibuka menjelang hujung 2019 sudah ada dalam perancangan, dan menjelang 2021, 100 cawangan akan dibuka.

Menurut beliau, antara lokasi cawangan baru pada 2019 ialah di Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur, i-City Shah Alam dan Southkey, Johor Bharu. Bagi setiap cawangan, purata pelaburan di anggarkan antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta mengikut lokasi.

“Kami berkeyakinan perancangan membuka cawangan ini akan membantu visi kami menjadi salah satu daripada 3 jenama makanan terkenal dari segi aspek bilangan cawangan pada masa akan datang,” beliau berkata pada pelancaran cawangan A&W ke-47 di Kuala Lumpur.

Sehingga kini, A&W mempunyai 47 cawangan di seluruh Malaysia, di mana 7 cawangan dibuka di bawah syarikat induk baharu iaitu Inter Mark Resources Sdn Bhd (IMRSB). IMRSB telah mengambil alih kepentingan keseluruhan A&W daripada KUB Malaysia Berhad (KUB).

Leave a Reply

Menu Utama