Apa itu HabNiaga.com?

Tujuan HabNiaga.com
HabNiaga.com adalah platform perniagaan atas talian yang dimiliki oleh syarikat Hab Niaga Global (IP0518236-T).
Dengan ledakan teknologi internet dan digital yang semakin berkembang sekarang, HabNiaga.com dibina bagi membantu mewujudkan komuniti bisnes secara digital dan online di Malaysia.
Dengan wujudnya platform ini, peniaga dan pengguna lebih mudah untuk menjalankan pemasaran perniagaan dengan lebih mudah, cepat dan menjimatkan.
Servis yang disediakan
Bagi mencapai tujuan tersebut, buat masa ini HabNiaga.com menyediakan 2 servis utama seperti berikut:
1. Iklan
Iklan akan membantu peniaga mengiklankan produk atau servis mereka, dan memudahkan pengguna untuk membuat carian iklan produk atau servis yang diperlukan.
2. Kursus Online
Kursus Online ini bertujuan menjadi rujukan peniaga atau bakal peniaga untuk mendalami ilmu perniagaan secara online. Kursus Online ini merangkumi ilmu-ilmu perniagaan seperti pentadbiran, kewangan, sumber manusia, pengeluaran, pemasaran, jualan dan sebagainya. Kursus Online ini dibuat oleh mereka yang berpengalaman dalam kepakaran mereka.
Wawasan
Wawasan HabNiaga.com untuk jangka masa yang panjang ialah supaya HabNiaga.com mampu menyediakan berbagai servis online yang diperlukan pemain bisnes seterusnya menjadi rujukan utama para peniaga, pengguna dan usahawan di Malaysia.