Utama » Bantuan » Cara menaja ahli baru

Cara menaja ahli baru

Cara menaja ahli baru

Penajaan ahli atau pengguna adalah perkara paling penting kepada Agen Referal. Tanpa membuat tajaan, setiap transaksi pelanggan tidak akan menyumbang kepada komisen kerana komisen dibuat secara automatik oleh sistem online HabNiaga.com.

Terdapat 2 cara untuk menaja ahli atau pengguna baru:

Cara 1: Guna pautan referal

Pautan referal boleh diperoleh di laman Beranda > Ruangan Agen > Kod & pautan referal.

Anda boleh pilih pautan mana yang anda mahu, bergantung kepada teknik pemasaran anda, kemudian salin pautan tersebut dan letakkan di iklan anda.

Setiap kali pelanggan menekan pautan tersebut, web HabNiaga.com akan mengesan ID anda dan disimpan di kuki pelayar.

Jika prospek tadi membuat pendaftaran, secara automatik ID anda akan menjadi penaja kepada prospek berkenaan, dan anda akan dapat lihat maklumat prospek tersebut (ahli baru) di senarai tajaan di Ruangan Agen setelah pendaftaran selesai.

Cara 2: Guna kod referal

Terdapat juga pelanggan yang mendaftar di HabNiaga.com tanpa menggunakan pautan referal.

Pendaftaran tanpa pautan referal akan menyebabkan pelanggan berkenaan tiada penaja.

Jadi, anda boleh menggunakan kod referal anda dan menyuruh mereka mendaftar penaja menggunakan kod referal anda. Daftar penaja ini boleh dibuat di laman utama Beranda pada bahagian Maklumat Penaja seperti gambar di bawah.

Pengguna perlu mengesahkan dahulu kod referal yang dimasukkan sebelum mendaftar penaja. Jadi, anda sebagai agen perlu pastikan kod referal yang anda berikan adalah milik anda.