Utama » Bantuan » Cara Pendaftaran Agen

Cara Pendaftaran Agen

Cara Pendaftaran Agen Referal

Sebelum mendaftar sebagai agen referal, anda perlu:

  1. Telah mendaftar akaun di HabNiaga.com.
  2. Telah mendaftar penaja di akaun anda.

Jika anda belum membuat kedua-dua perkara di atas, anda tidak boleh mendaftar sebagai agen referal di HabNiaga.com.

Jika sudah, sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Pergi ke laman Ruangan Agen

Sila log masuk (jika belum daftar, sila daftar dahulu), kemudian pergi ke Ruangan Agen di laman Beranda. Pastikan anda telah mendaftar penaja anda.

2. Isi borang pendaftaran agen

Baca arahan yang diberikan, kemudian isi borang pendaftaran agen di laman tersebut. Pastikan anda mengisi maklumat yang diminta dengan tepat bagi memudahkan pendaftaran anda diluluskan. Kemudian tekan butang Daftar.

3. Tunggu kelulusan

Pendaftaran yang telah berjaya dihantar akan disemak oleh pihak HQ terlebih dahulu. Jika pendaftaran anda diluluskan, anda akan boleh akses Ruangan Agen. Jika ditolak, anda perlu mengisi semula borang pendaftaran dengan maklumat yang betul dan tepat.

Nota:

  • Setiap pendaftaran akan disemak pada waktu bekerja sahaja.
  • Pendaftaran hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap nombor kad pengenalan.
  • Maklumat anda adalah tertakluk di bawah Polisi Privasi HabNiaga.com.
  • Pastikan anda telah membaca Terma dan Syarat Program Referal.