Utama » Bantuan » Panduan Ejen

Panduan Ejen

Panduan Ejen

Di HabNiaga.com, sistem Ejen dibuka sebagai salah satu cara untuk memasarkan web HabNiaga.com kepada pelanggan. Dengan adanya sistem atas talian, Ejen lebih mudah untuk membuat kerja-kerja yang ditugaskan walau di mana jua berada.

Apa itu Ejen?

Ejen ialah ahli yang telah mendaftar sebagai Ejen di HabNiaga.com dan telah diberikan Kod AP sendiri.

Ejen boleh akses Ruangan Ejen pada laman My Akaun di mana di situ ejen dapat melihat Profil Ejen, Laporan Tajaan, Laporan Pendapatan, Laporan Transaksi dan Bonus & Ganjaran.

Peranan Ejen

Peranan Eje adalah seperti berikut:

  1. Memperkenalkan HabNiaga.com kepada prospek pengguna baru.
  2. Membantuk ahli baru menaik taraf kepada Ahli Premium menggunakan Kod AP yang diberikan kepada ejen.
  3. Sentiasa mengingatkan Ahli Premium tajaan supaya terus menggunakan HabNiaga.com.

Pendaftaran Ejen

Untuk mendaftar sebagai Ejen, anda perlu mendaftar akaun di HabNiaga.com.

Kemudian, anda perlu menaik taraf keahlian kepada Ahli Premium terlebih dahulu.

Setelah itu, anda boleh membuat pendaftaran Ejen di laman Daftar Ejen di My Akaun.

Yuran pendaftaran dikenakan bagi setiap pendaftaran Ejen. Sila pastikan kredit di My Dompet anda mencukupi untuk membolehkan anda membuat pendaftaran.

Pastikan anda mengisi maklumat bank dengan betul. Maklumat bank ini akan diguna untuk tebus tunai dan tidak boleh diubah selepas pendaftaran diluluskan.

Kod AP

Kod AP adalah panggilan ringkas kepada Kod Ahli Premium.

Setelah anda selesai mendaftar sebagai Ejen, anda akan diberikan Kod AP anda sendiri. Kod AP ini boleh didapati pada laman Profil Ejen di bahagian Ruangan Ejen.

Anda boleh gunakan Kod AP anda untuk membantu Ahli Biasa yang lain menaik taraf keahlian mereka kepada Ahli Premium, seterusnya mereka akan dapat semua kelebihan sebagai Ahli Premium.

Rujuk perbezaan keahlian.

Ahli yang menaik taraf sebagai Ahli Premium menggunakan Kod AP anda, secara automatik menjadi tajaan anda, di mana setiap transaksi yang dibuat oleh mereka, anda sebagai penaja akan mendapat komisen mengikut peratus yang telah ditetapkan.

Sila rujuk Peratus Komisen pada laman Laporan Tajaan di bahagian Ruangan Ejen.

Komisen

Di HabNiaga.com, komisen dikira berdasarkan transaksi yang dibuat oleh Ahli Premium tajaan anda.

Komisen dikira mengikut peratus yang telah ditetapkan bagi setiap jenis transaksi yang dibuat.

Komisen ini akan dijana secara automatik dalam bentuk kredit setelah transaksi berjaya dibuat oleh Ahli Premium tajaan, dan dimasukkan ke baki kredit di My Dompet.

Rekod komisen bulanan boleh dilihat pada Laporan Pendapatan di bahagian Ruangan Ejen di My Akaun.

Tebus Tunai

Komisen yang diperoleh akan dimasukkan ke bagi kredit di My Dompet.

Baki kredit ini boleh ditebus tunai pada laman Tebus Tunai pada bahagian My Kredit di My Akaun.

Permohonan tebus tunai dibuka bermula 25hb bagi setiap bulan sehingga hari terakhir bulan berkenaan.

Hanya permohonan yang dibuat sahaja proses pembayaran tunai akan dilakukan.

Tunai yang ditebus akan dimasukkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa pendaftaran Ejen.

Bonus & Ganjaran

Setiap Ejen diberi peluang untuk menebus Bonus & Ganjaran jika berjaya mencapai sasaran transaksi kumpulan.

Sila rujuk laman Bonus & Ganjaran pada bahagian Ruangan Ejen di My Akaun untuk melihat sasaran dan bonus & ganjaran terkini yang ditawarkan.

Sekiranya Ejen berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, sila buat tebus bonus anda pada laman tersebut.

Hanya tebus bonus yang dipohon sahaja akan diproses.

Terma dan syarat

Ejen terikat dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh HabNiaga.com.

Sila rujuk Terma dan Syarat Program Ejen untuk melihat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Ejen.

Faham sebelum bertindak

Untuk menjadi Ejen yang berjaya, adalah lebih baik sekiranya anda memahami semua perkara berkaitan HabNiaga.com terlebih dahulu.

Fahamkan semua perkara di laman Bantuan, dan cubalah guna semua servis yang disediakan di HabNiaga.com supaya anda lebih berpengalaman sebelum memperkenalkan kepada orang lain.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga