Utama » Bantuan » Panduan Iklan Sepanduk

Panduan Iklan Sepanduk

Iklan Sepanduk merupakan iklan yang dipaparkan menggunakan gambar sepanduk pada laman-laman terpilih di web HabNiaga.com.

Iklan Sepanduk membantu mempercepatkan lagi proses hebahan kerana ianya akan sentiasa muncul pada laman yang dilawat oleh pengguna.

Buat iklan sepanduk

Untuk membuat iklan sepanduk, hanya Ahli Premium sahaja diberi akses ke laman Iklan Sepanduk pada My Akaun. (Rujuk panduan Keahlian)

Selepas anda tekan butang Buat iklan sepanduk, ID iklan akan dijana dan borang buat iklan sepanduk akan muncul.

Isi maklumat seperti Nama Kempen, Lokasi sepanduk & Sasaran pengguna.

Pemilihan Lokasi dan Sasaran pengguna akan mempengaruhi keberkesanan iklan sepanduk anda. (Walaupun kadang-kadang ianya kurang mempengaruhi)

Muat naik gambar sepanduk

Gambar sepanduk mestilah dimuat naik sebelum anda hantar iklan sepanduk.

Terdapat 2 saiz gambar sepanduk yang mesti dimuat naik. (Rujuk gambar di bawah).

Pastikan saiz sepanduk sama seperti yang dinyatakan, atau gambar anda menjadi kurang menarik seterusnya mengurangkan keberkesanan iklan sepanduk anda.

Pastikan reka grafik gambar sepanduk anda mematuhi Terma dan Syarat Iklan Sepanduk.

Pautan

Pautan merupakan perkara paling penting dalam iklan sepanduk.

Ia akan membawa pelanggan yang klik sepanduk ini ke laman yang anda tetapkan.

Terdapat 3 jenis pautan disediakan yang boleh dipilih; pautan luar, pautan iklan dan pautan profil saya.

Bagi pautan luar, anda perlu masukkan pautan yang anda mahu. 

Pastikan pautan yang anda masukkan tidak melanggar Terma dan Syarat Iklan Sepanduk, atau iklan anda tidak akan diluluskan.

Bagi pautan iklan, anda boleh pilih iklan yang telah anda buat. 

Pastikan anda telah membuat sekurang-kurangnya 1 iklan dan aktif.

Bagi pautan profil saya, pautan ke profil anda akan diguna. 

Pastikan anda telah membuat sekurang-kurangnya 3 iklan dan aktif untuk membolehkan anda pilih pautan Profil saya.

Caj

Caj iklan sepanduk dikira berdasarkan jumlah paparan dan jumlah klik.

Caj paparan dan klik dinyatakan pada borang buat iklan sepanduk.

Buat masa ini…

Caj bagi paparan ialah RM0.01 per paparan.

Caj bagi klik ialah RM0.35 per klik.

Jika pengguna membuat klik berulang, caj dikira satu klik sahaja dalam tempoh 30 minit untuk peranti yang sama.

Bajet

Iklan sepanduk yang telah diluluskan tidak akan aktif jika bajet tidak mencukupi.

Bajet merupakan nilai kredit yang perlu ditambah bagi memastikan iklan sepanduk anda berjalan.

Untuk tambah bajet, anda boleh tekan pada butang Tambah Bajet, dan anda akan dibawa ke laman Tambah Bajet.

Anda boleh pilih jumlah bajet yang mahu ditambah serendah RM10.

Bajet hanya boleh dibayar menggunakan kredit di My Dompet. Pastikan kredit anda mencukupi.

Jika baki bajet telah habis, iklan sepanduk anda akan automatik dijedakan.

Anda perlu tambah bajet baru untuk aktifkan semula iklan anda.

Rekod

Bagi iklan sepanduk yang aktif, data seperti jumlah paparan, jumlah klik dan bajet direkod dan dipaparkan pada laporan.

Anda boleh melihat laporan ini setelah iklan sepanduk anda diluluskan.

Skor

Skor ialah jumlah klik diterima dibahagi dengan jumlah dipaparkan x 10.

Jumlah maksimum skor ialah 10, manakala jumlah minimum ialah 0.

Skor adalah salah satu cara untuk menilai keberkesanan iklan sepanduk anda.

Semakin tinggi skor, semakin berkesan iklan sepanduk anda.

Jika skor terlalu rendah ( < 0.01 ), anda boleh pertimbangkan untuk baiki iklan sepanduk anda dari segi gambar, lokasi sepanduk atau sasaran pengguna.

Namun, jika skor anda rendah tetapi pulangan anda melebihi sasaran, anda tidak perlu perbaiki iklan sepanduk anda.

Tekan butang Edit untuk ubah dan hantar semula iklan sepanduk anda.

Buang iklan sepanduk

Iklan sepanduk yang telah dibuat boleh dibuang dengan klik pada butang Buang pada bahagian bawah borang buat iklan atau laporan iklan sepanduk.

Anda boleh buang iklan sepanduk anda bila-bila masa sahaja yang anda suka.

Maklumat iklan dan gambar yang anda masukkan akan dibuang bersama.

Jika iklan sepanduk anda pernah aktif dan baki bajet masih ada, baki bajet ini akan hangus jika anda buang iklan sepanduk anda.

Data rekod akan disimpan dalam pengkalan data kami (untuk rujukan kami), tetapi anda tidak lagi boleh akses untuk melihat data iklan sepanduk yang telah anda buang.

Adalah lebih baik jika baki bajet masih ada, pertimbangkan untuk Edit iklan sepanduk anda dan gunakan kesemua baki bajet yang ada sebelum buang iklan sepanduk anda.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga