Utama » Bantuan » Panduan Kursus Online

Panduan Kursus Online

Panduan Kursus Online

1. Pembelian Kursus Online

  1. Untuk membuat pembelian kursus, sila pilih kursus yang anda mahu beli.
  2. Pembelian boleh dibuat pada laman kursus yang dipilih.
  3. Pembelian hanya boleh dibuat menggunakan Kredit. Sila tambah kredit anda di My Dompet jika tidak mencukupi untuk pembelian.

2. Cara buat Kursus Online

Sesiapa sahaja boleh membuat kursus online dan hantarkan kepada kami. Buat masa sekarang, kami menghadkan penghantaran kursus online kepada satu kursus untuk satu topik sahaja.

Untuk membuat Kursus Online, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

 

Langkah 1: Hantar draf topik

Sila emelkan draf ringkasan topik kursus yang akan anda buat merangkumi tajuk, bahagian dan sub tajuk yang akan dibincangkan, ke emel [email protected]

Pihak kami akan menghubungi anda jika draf anda telah diterima dan dipilih oleh pihak Hab Niaga [dot] Com.

Pastikan topik cadangan yang anda hantar belum ada dalam senarai Kursus Online di web HabNiaga.com

 

Langkah 2: Hantar sampel video

Setelah draf diluluskan, anda perlu menghantar sampel video sekurang-kurangnya 5 video bagi membolehkan pihak Hab Niaga [dot] Com menilai kualiti video anda.

Jika kualiti dan cara persembahan sampel video kurang memuaskan, pihak Hab Niaga [dot] Com akan memberi komen dan cadangan untuk anda melakukan penambahbaikan terhadap kualiti video anda.

Sila hantar video melalui perkongsian pautan Google Drive.

 

Langkah 3: Hantar video penuh semua topik

Setelah pihak Hab Niaga [dot] Com berpuas hati dengan kualiti persembahan video anda, sila hantarkan semua video topik kursus anda mengikut spesifikasi berikut:

Format : .mp4
Resolusi : Minimum 1280 x 720
Bitrate : 1 – 3  mbps
Bunyi : Jelas dan bertenaga

Sila hantar video melalui perkongsian pautan Google Drive.

 

Langkah 4: Persiapan akhir

Pada langkah ini, pihak Hab Niaga [dot] Com akan mengedit video anda seperti menambah logo HabNiaga.com dan sebagainya sebelum diterbitkan.

Laman kursus khas berkaitan topik kursus yang anda hantar akan dibuat dan kesemua video kursus akan dimuat naik pada laman ini.

Jika kursus ini telah sedia untuk dibuka kepada jualan, pihak Hab Niaga [dot] Com akan memberi maklum kepada anda.

 

3. Syarat-syarat buat Kursus Online

  1. Video kursus digalakkan antara 3-6 minit sahaja bagi setiap sub tajuk.
  2. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 bahagian.
  3. Video yang dihantar akan menjadi hak milik HabNiaga.com.
  4. Royalti 25% akan diberikan kepada pembuat Kursus Online daripada jumlah jualan.
  5. Royalti akan dijana secara automatik oleh sistem web HabNiaga.com dan akan dimasukkan ke dalam My Dompet melalui sistem kredit, dan boleh ditebus tunai di My Dompet.
  6. Harga kursus akan ditetapkan oleh pihak Hab Niaga [dot] Com, bergantung kepada nilai kursus yang diperoleh kepada pelajar.
  7. Video kursus ini tidak boleh dimuat naik di mana-mana platform lain selain HabNiaga.com sahaja.
  8. Video kursus tidak boleh diambil daripada milik orang lain.
  9. Kursus yang telah diterbit, digalakkan untuk dikemaskini oleh pembuat kursus jika terdapat perubahan pada penyampaian dalam video yang berkenaan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara untuk membuat video kursus online, sila hubungi kami melalui Whatsapp 0139801098.

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga