Utama » Bantuan » Panduan Sistem Kredit

Panduan Sistem Kredit

Panduan Sistem Kredit

Di laman web HabNiaga.com ini, sebarang transaksi seperti membuat iklan perniagaan, melanggan webinar, mendaftar seminar dan lain-lain, adalah menggunakan sistem kredit.

Sistem kredit ini akan memudahkan pengguna untuk membuat transaksi di web ini dengan lebih selamat dan efisyen.

My Dompet

My Dompet ialah laman khas pengurusan kredit bagi setiap pengguna.

Untuk akses ke My Dompet, pengguna perlulah log masuk ke laman Beranda terlebih dahulu, kemudian pilih menu My Dompet.

Di sini, anda boleh melihat jadual laporan semasa kredit anda seperti masuk (+), keluar (-) dan baki kredit.

Tambah kredit

Untuk tambah kredit, sila tekan butang Tambah kredit.

Laman tambah kredit akan keluar di mana anda boleh memilih sama ada secara Pindah Wang atau menggunakan Gerbang Pembayaran online.

Log kredit

Log kredit ialah laman rekod sejarah transaksi yang melibatkan kredit anda.

Untuk melihat log kredit, sila tekan butang Log kredit.

Laman jadual log kredit akan keluar di mana anda boleh melihat setiap rekod sejarah transaksi kredit anda.

Untuk lebih terperinci, anda boleh tekan pada nama Perkara kredit dan laman perincian kredit berkenaan akan muncul.

Tebus tunai

Tebus tunai ialah laman di mana pengguna boleh menebus jumlah baki kredit yang ada kepada tunai.

Laman tebus tunai hanya boleh diakses oleh Agen Referal sahaja.

Sila rujuk panduan Cara tebus tunai komisen

Terma dan syarat kredit

Sistem kredit ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Kredit yang telah ditetapkan.