Utama » Bantuan » Pengenalan Beranda

Pengenalan Beranda

Pengenalan Beranda

Beranda adalah laman khas untuk ahli yang berdaftar di HabNiaga.com, di mana di laman ini, pengguna dapat melihat maklumat peribadi masing-masing. Untuk akses laman ini, pengguna perlu daftar dan log masuk.

Di Beranda, jika anda log masuk, terdapat beberapa bahagian seperti laman utama Beranda, My Niaga, My Akademi, My Dompet, Ruangan Agen dan laman Kemaskini Profil.

Beranda (laman utama)

Di laman utama Beranda, anda akan dapat lihat maklumat peribadi anda, maklumat penaja dan statistik laman web ini. Contoh seperti gambar di bawah:

My Niaga

Di laman My Niaga, anda akan dapat lihat 2 pilihan iaitu Iklan Perniagaan dan Kaji Selidik.

Iklan Perniagaan ialah rekod iklan perniagaan yang anda telah masukkan di web ini.

Manakala Kaji Selidik adalah rekod kajian permintaan pasaran yang anda telah buat.

My Akademi

Di laman My Akademi, anda akan dapat lihat 2 pilihan iaitu Langganan Webinar dan Daftar Seminar.

Langganan Webinar ialah rekod langganan webinar yang anda pernah buat.

Manakala Daftar Seminar ialah rekod pendaftaran seminar yang anda pernah sertai.

My Dompet

My Dompet adalah laman yang menyimpan maklumat berkaitan kredit anda.

Di laman ini, anda akan dapat melihat jadual laporan kredit semasa anda. Di bawah jadual ini, terdapat butang Tambah Kredit untuk anda tambah kredit baru, butang Log Kredit iaitu rekod semua transaksi yang melibatkan kredit, dan butang Tebus Tunai untuk agen referal tebus tunai kredit yang dikumpul daripada komisen tajaan.

Ruangan Agen

Ruangan Agen ialah laman khas untuk agen referal. Sila rujuk Panduan Ruangan Agen untuk lebih lanjut.

Kemaskini Profil

Laman Kemaskini Profil membolehkan anda mengemaskini maklumat peribadi anda. Pastikan anda sentiasa kemaskini dengan maklumat terkini supaya anda mendapat maklumat hebahan semasa yang tepat daripada kami.