Utama » Bantuan » Pengenalan Program Referal

Pengenalan Program Referal

Pengenalan Program Referal

Program Referal adalah salah satu program pemasaran yang diguna di HabNiaga.com di mana sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai agen referal, mempromosi dan kemudian menerima komisen hasil transaksi yang dibuat oleh tajaan di HabNiaga.com, mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bagaimana program ini berfungsi?

Program ini berjalan menggunakan sistem referal yang telah dibina di web HabNiaga.com.

Setiap agen yang telah mendaftar, akan diberikan KOD REFERAL dan juga PAUTAN REFERAL bagi memudahkan agen membuat tajaan pengguna dan agen baru.

Setiap pelanggan yang ditaja, sebarang transaksi yang mereka lakukan di HabNiaga.com seperti membuat iklan perniagaan, melanggan webinar, mendaftar seminar dan sebagainya, agen akan diberikan komisen di mana sistem secara automatik merekod komisen tersebut.

Setiap agen yang ditaja pula, jika pelanggan yang ditaja oleh agen yang ditaja itu membuat transaksi di HabNiaga.com, agen paling atas juga akan mendapat komisen seperti yang dinyatakan, dan komisen ini akan terus diperoleh sehingga 3 aras transaksi.