Utama » Bantuan » Peranan Agen Referal

Peranan Agen Referal

Peranan Agen Referal

Apabila anda telah mendaftar sebagai agen referal HabNiaga.com, anda berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut bagi memastikan hasil pendapatan anda terus meningkat:

1. Buat sebaran

Sebagai agen referal, anda perlu membuat sebaran kepada prospek sasaran supaya mereka tahu kewujudan HabNiaga.com, servis dan produk yang HabNiaga.com sediakan, dan juga tahu anda adalah agen referal HabNiaga.com. Matlamat sebaran anda untuk meyakinkan pengguna terhadap servis yang disediakan oleh HabNiaga.com, dan juga terhadap anda sebagai agen referal.

2. Buat tajaan

Setelah ramai yang tahu anda adalah agen referal, terus buat penajaan. Penajaan ialah meminta mereka daftar akaun di HabNiaga.com di bawah anda menggunakan Kod Referal atau Pautan Referal anda yang telah disediakan.

3. Didik tajaan supaya buat transaksi

Setelah anda mendaftar pelanggan dibawah tajaan anda, anda perlu mendidik mereka supaya membuat transaksi di HabNiaga.com mengikut keperluan mereka. Sebaiknya, anda perlu tahu dahulu apakah keperluan mereka untuk menggunakan servis di HabNiaga.com supaya masalah mereka dapat diselesaikan.

4. Rekrut agen baru

Selain menaja pelanggan, anda juga perlu menaja dan merekrut agen referal baru supaya anda dapat kembangkan kumpulan anda. Semakin besar kumpulan anda, semakin meningkat transaksi yang berlaku, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan anda.

5. Sentiasa cari pelanggan baru

Untuk memastikan komisen anda terus meningkat, anda perlu sentiasa mencari pelanggan baru dan menaja mereka. Cara ini mampu meningkatkan pendapatan anda kepada pendapat yang lebih tinggi.

6. Sentiasa jaga pelanggan sedia ada

Untuk memastikan komisen anda terus kekal tinggi, anda perlu menjaga pelanggan tajaan anda yang sedia ada dan selalu mendidik mereka supaya terus membuat transaksi di HabNiaga.com. Selain itu, anda juga berperanan membantu mereka sekiranya terdapat masalah dalam menggunakan HabNiaga.com, menyampaikan info-info terkini atau tawaran menarik berkaitan HabNiaga.com dan sebagainya. Menjaga pelanggan sedia ada lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru.

Pastikan anda mematuhi Terma dan Syarat Program Referal.

Semoga berjaya.