Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Iklan Sepanduk

Terma dan Syarat Iklan Sepanduk

1. Terma-terma

Sepanduk – gambar yang dipaparakan mewakili penerangan produk atau servis dengan saiz besar pada paparan web. 

Iklan sepanduk – sebaran, promosi atau  hebahan mengenai produk atau servis menggunakan gambar sepanduk.

Gambar sepanduk – gambar bersaiz besar yang diguna bagi menonjolkan produk atau servis pada lokasi yang ditetapkan pada laman web.

Bajet – jumlah kredit (kos) yang diguna bagi memastikan iklan sepanduk berjalan.

 

2. Syarat iklan

(a) Produk atau servis yang mahu diiklankan menggunakan iklan sepanduk perlulah tidak menyalahi peraturan dan undang-udang Kerajaan Malaysia.

(b) Laman pautan iklan sepanduk  tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

(c) Gambar sepanduk yang diguna mestilah tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 

(d) Bayaran bajet iklan hanya diterima dalam bentuk kredit sahaja.

(e) Iklan yang dibuat akan disemak terlebih dahulu sebelum diluluskan.

(f) Hanya iklan yang tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja akan diluluskan.

 

3. Tempoh iklan

(a) Iklan sepanduk tidak mempunyai tempoh tetap.

(b) Namun, iklan sepanduk hanya akan berjalan jika bajet yang dimasukkan mencukupi sahaja.

 

4. Bajet

(a) Bajet boleh ditambah setelah iklan sepanduk diluluskan.

(b) Iklan yang tidak mempunyai bajet mencukupi, akan dihentikan serta merta sehingga bajet ditambah.

(c) Bajet yang telah ditambah tidak boleh dituntut kembali.

(d) Jumlah bajet yang mahu ditambah boleh dipilih pada laman Tambah Bajet.

(e) Bajet akan dipotong berdasarkan jumlah paparan dan jumlah klik yang diterima. 

 

5. Data iklan

(a) Setiap iklan akan direkod jumlah dipaparkan dan jumlah klik pengguna.

(b) Jumlah paparan akan direkod setiap kali gambar sepanduk dipaparkan.

(c) Jumlah klik akan direkod setiap kali sepanduk diklik oleh pengguna.

(d) Jumlah klik tidak akan direkod dalam tempoh setengah jam pertama selepas klik dibuat bagi peranti yang sama jika klik dibuat berulang kali.

(e) Data yang direkod adalah secara langsung daripada aktiviti pengguna di HabNiaga.com.

(f) Data ini boleh dilihat setelah iklan sepanduk diluluskan.

 

6. Edit iklan

(a) Iklan yang dibuat boleh diedit bila-bila masa sahaja.

(b) Iklan yang ditolak juga boleh diedit semula.

(c) Iklan yang diedit yang telah dihantar akan disemak terlebih dahulu sebelum diluluskan.

 

5. Buang iklan

(a) Anda boleh membuang iklan yang telah dibuat bila-bila masa sahaja.

(b) Data bagi iklan yang dibuang, akan disimpan di pengkalan data kami, tetapi anda tidak lagi mempunyai akses untuk melihat data iklan sepanduk anda.

(c) Maklumat iklan seperti gambar dan sebagainya juga turut akan dibuang dan tidak boleh diperolehi kembali.

(d) Jika masih mempunyai baki bajet, baki tersebut juga akan hangus dan tidak boleh dituntut kembali.

 

6. Perubahan terma dan syarat

(a) Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa.

(b) Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 1 Feb 2021.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga