Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Iklan

Terma dan Syarat Iklan

1. Terma-terma

Iklan – sebaran, promosi atau  hebahan mengenai produk atau servis dengan membuat pos iklan di HabNiaga.com.

Gambar iklan – Gambar yang diguna bagi menonjolkan produk atau servis dalam pos iklan.

 

2. Syarat iklan

(a) Produk atau servis yang mahu diiklankan perlulah tidak menyalahi peraturan dan undang-udang Kerajaan Malaysia.

(b) Penerangan iklan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

(c) Gambar iklan yang diguna mestilah tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 

(d) Iklan Ringkas boleh dibuat secara percuma dengan had yang ditetapkan.

(e) Iklan Lengkap boleh dibuat tanpa had dengan jumlah bayaran yang ditetapkan.

(f) Bayaran iklan hanya diterima dalam bentuk kredit sahaja.

(g) Iklan yang dibuat akan disemak terlebih dahulu sebelum diluluskan.

(h) Hanya iklan yang tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja akan diluluskan.

 

3. Tempoh iklan

(a) Setiap iklan mempunyai tempoh tamat mengiku jenis iklan dan keahlian. (Rujuk perbezaan keahlian)

 

4. Data iklan

(a) Setiap iklan akan direkod jumlah dilihat oleh pengguna.

(b) Data ini disimpan selagi iklan berkenaan tidak dibuang.

(c) Data yang direkod adalah secara langsung daripada paparan iklan yang dilihat oleh pengguna.

 

5. Buang iklan

(a) Anda boleh membuang iklan yang telah dibuat bila-bila masa sahaja.

(b) Data bagi iklan yang dibuang, akan turut dibuang sama sekali dan tidak boleh diperoleh kembali.

(c) Maklumat iklan seperti gambar dan sebagainya juga turut akan dibuang dan tidak boleh diperolehi kembali.

 

6. Perubahan terma dan syarat

(a) Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa.

(b) Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 1 Feb 2021.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga