Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Keahlian

Terma dan Syarat Keahlian

1. Terma-terma

Ahli – sesiapa sahaja yang telah mendaftar di HabNiaga.com dan memiliki ID ahli (ID ahli boleh dirujuk laman Beranda).

Beranda – laman khas untuk maklumat ahli, pengurusan keahlian, rekod dan laporan aktiviti ahli.

Profil – data pribadi ahli yang disimpan di pengkalan data HabNiaga.com dan dipaparkan di laman Beranda.

 2. Kelayakan keahlian

(a) Keahlian HabNiaga.com dibuka kepada sesiapa sahaja.

 3. Pendaftaran keahlian

(a) Pendaftaran keahlian boleh dibuat di laman Beranda.

(b) Maklumat yang diperlukan perlu diisi dalam borang pendaftaran bagi melayakkan anda mendapat ID keahlian selepas pendaftaran.

(c) Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah maklumat sebenar dan emel yang aktif.

(d) Pendaftaran adalah percuma.

 4. Tempoh keahlian

(a) Setiap keahlian tiada had masa dikenakan.

 5. Kelebihan dan manfaat keahlian

(a) Ahli yang telah berdaftar boleh akses ruangan Beranda mengggunakan emel atau nama pengguna yang didaftarkan.

(b) Setiap ahli yang memiliki ID ahli boleh membuat transaksi di HabNiaga.com seperti membuat iklan Perniagaan, mendaftar Seminar, melanggan Webinar dan sebagainya.

 6. Peraturan keahlian

(a) Ahli yang telah berdaftar mestilah mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di laman web ini.

(b) Sila rujuk laman Bantuan untuk membaca terma dan syarat yang telah dibuat.

 7. Penarikan keahlian

(a) Pihak HabNiaga.com berhak untuk menarik atau menyahaktif keahlian jika perkara berikut dilakukan:

  1. Melanggar sebarang terma dan syarat HabNiaga.com.
  2. Menyebarkan keburukan sehingga menyebabkan perniagaan Hab Niaga Global mengalami kerugian.
  3. Menyalahgunakan nama HabNiaga.com untuk melakukan aktiviti seperti penipuan (scam), cetak rompak dan sebagainya sehingga menyebabkan kerugian kepada orang ramai dan perniagaan Hab Niaga Global.
  4. Sebarang perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia dan Bank Negara.

(b) Jika didapati anda melanggar peraturan ini dengan bukti jelas, status keahlian anda akan dinyahaktif oleh pihak kami.

8. Perubahan Terma dan Syarat.

(a) Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

(b) Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 29 Ogos 2019.