Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Kredit

Terma dan Syarat Kredit

1. Terma-terma

Kredit – nilai yang telah ditukar daripada Ringgit Malaysia (RM) kepada nilai digital di web HabNiaga.com.

My Dompet – laman khas untuk pengurusan kredit peribadi pengguna di HabNiaga.com.

Tambah kredit – proses untuk menukarkan RM kepada nilai digital di web HabNiaga.com. Boleh juga disebut sebagai beli kredit.

Log Kredit – jadual rekod sejarah penggunaan kredit di laman My Dompet.

Tebus tunai – proses untuk menukarkan nilai digital di web HabNiaga.com kepada RM.

 

2. Penggunaan kredit

(a) Sebarang transaksi di laman web HabNiaga.com adalah menggunakan sistem kredit.

(b) Kredit yang telah dibeli di HabNiaga.com hanya boleh digunakan di web ini sahaja seperti untuk membuat iklan, beli kursus online dan sebagainya.

(c) Kos kredit adalah mengikut jumlah yang telah ditetapkan pada bahagian pembayaran masing-masing.

(d) Kredit yang telah diguna tidak boleh ditebus semula, melainkan terdapat ralat sistem yang menyebabkan berlaku kerugian kredit. Sila laporkan kepada kami jika berlaku ralat sistem beserta bukti yang jelas.

(e) Setiap penggunaan kredit mungkin disertakan dengan tempoh masa yang telah ditetapkan atau tidak.

(f) Setiap kegunaan kredit akan direkodkan dan dipaparkan pada Log Kredit.

 

3. Tambah kredit

(a) Setiap kredit boleh ditambah di HabNiaga.com mengikut jumlah dan nilai yang dipilih seperti yang dinyatakan pada halaman tambah kredit.

(b) Penambahan kredit tiada had masa dan jumlah.

(c) Setiap kredit yang telah ditambah akan direkod dan dipaparkan pada Log Kredit.

(d) Setiap tempahan tambah kredit secara Pindah Wang akan disemak oleh pihak HQ terlebih dahulu sebelum diluluskan.

 

4. Tebus tunai

(a) Tebus tunai boleh dibuat di laman Tebus Tunai sahaja.

(b) Hanya Ejen berdaftar aktif sahaja dibenarkan untuk membuat tebus tunai kredit. Sila rujuk panduan cara tebus tunai.

(c) Tebus tunai hanya boleh dibuat bagi baki kredit berjumlah sekurang-kurangnya bersamaan dengan jumlah minimum yang dinyatakan di laman Tebus Tunai.

(d) Setiap permohonan tebus tunai, pihak HQ akan membuat semakan sebelum diluluskan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

(e) Nilai tunai yang ditebus akan terus dimasukkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa pendaftaran ejen.

(f) Semua rekod tebus tunai akan dipaparkan di Log Kredit.

 

5. Tarikh tamat kredit

(a) Kredit di HabNiaga.com tidak mempunyai tempoh tamat.

(b) Anda boleh menggunakan baki kredit yang ada pada bila-bila masa.

(c) Baki kredit yang tidak ditebus pada bulan sebelumnya masih boleh ditebus pada bulan berikutnya.

 

6. Perubahan terma dan syarat

(a) Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa.

(b) Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 1 Feb 2021.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga