Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Kursus Online

Terma dan Syarat Kursus Online

1. Terma-terma

Kursus Online – pembelajaran atau kursus melalui video secara atas talian.

Pembelian – pembayaran yang dibuat bagi mengakses Kursus Online.

 

2. Syarat pembelian Kursus Online

(a) Untuk menonton Kursus Online di HabNiaga.com, anda perlu membuat pembelian mengikut harga kursus yang dinyatakan.

(b) Pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan sistem kredit yang disediakan.

(c) Setiap pembelian akan membolehkan anda mengakses video Kursus Online berkenaan.

(d) Pembelian yang telah dibuat tidak boleh dituntut pulangan wang atau kredit.

 

3. Syarat membuat Kursus Online

(a) Hanya Ahli Premium dibenarkan untuk membuat Kursus Online.

(b) Setiap Kursus Online yang telah dibuat, akan menjadi hak milik HabNiaga.com.

(c) Royalti akan diberikan bagi setiap jualan Kursus Online yang dibuat mengikut peratus yang dinyatakan pada laman Kursus Saya di My Akaun.

(d) Royalti akan diberi dalam bentuk kredit dan terus dimasukkan ke My Dompet setiap kali berlaku pembelian.

(e) Kursus Online yang dibuat mestilah asli dan bukan diambil daripada pihak lain. Pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan anda disekat daripada membuat apa-apa Kursus Online sampai bila-bila.

(f) Tiada had dikenakan untuk membuat Kursus Online, tetapi perlu mengikut budi bicara dan persetujuan bersama pihak HabNiaga.com.

 

4. Peraturan hak cipta

(a) Setiap video Kursus Online di HabNiaga.com adalah di bawah kawalan akta Hak Cipta 1987.

(b) Sebarang bentuk pelanggaran hak cipta seperti memuat-turun, menyalin, merakam, menyebarkan, menolong sebaran dan sebagainya, akan dikenakan tindakan undang-undang.

(c) Setiap pesalah hak cipta yang telah terbukti bersalah, akan dibawa ke muka pengadilan dan diminta untuk membayar ganti rugi sekurang-kurangnya RM50,000 atau 10 kali ganda keuntungan yang telah diperolehi hasil daripada pelanggaran hak cipta, yang mana lagi tinggi.

 

5. Perubahan Terma dan Syarat

(a) Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

(b) Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 2 Feb 2021.

Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga