Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Program Ejen

Terma dan Syarat Program Ejen

1. Terma-terma

Program ejen – program yang dibuat di HabNiaga.com sebagai salah satu strategi pemasaran untuk mendapatkan pelanggan.

Ejen – ahli yang telah mendaftar sebagai Ejen dan mempunyai Kod AP sendiri.

Profil ejen – laman maklumat Ejen yang telah berdaftar dan aktif.

Kod AP – kod unik yang diberikan kepada setiap ejen setelah perdaftaran ejen diluluskan. Kod ini diguna untuk menaiktaraf Ahli Premium baru.

Ahli Premium – ahli yang telah menaiktaraf keahlian menggunakan Kod AP dan layak mendapat kelebihan yang disediakan.

Komisen – jumlah kredit yang dikumpul hasil daripada transaksi Ahli Premium tajaan mengikut peratus yang ditetapkan.

Transaksi kumpulan – transaksi terkumpul peribadi dan 3 aras tajaan untuk tempoh suku tahun.

Aras – aras tajaan.

Bonus / ganjaran – hadiah yang disediakan kepada ejen yang berjaya capai sasaran transaksi kumpulan yang ditetapkan.

2. Pendaftaran Ejen

  1. Hanya Ahli Premium boleh mendaftar sebagai Ejen di HabNiaga.com.
  2. Pendaftaran ejen boleh dibuat di laman Daftar Ejen di laman My Akaun.
  3. Semasa pendaftaran ejen, wajib isi semua maklumat yang diminta.
  4. Sila isi maklumat bank dengan tepat. Maklumat bank ini akan diguna untuk Tebus Tunai dan tidak boleh diubah setelah pendaftaran diluluskan.
  5. Anda akan diberikan Kod AP milik anda setelah pendaftaran ejen berjaya.
  6. Kod AP ini boleh didapati di laman Profil Ejen.

3. Penajaan

  1. Setelah pendaftaran Ejen telah diluluskan, anda boleh menggunakan Kod AP anda untuk membuat penajaan, iaitu membantu Ahli Biasa lain menaik taraf kepada Ahli Premium secara percuma.
  2. Ahli Premium yang dinaik taraf menggunakan Kod AP anda akan disenaraikan di Senarai Tajaan di laman Laporan Tajaan di My Akaun.
  3. Anda boleh melihat maklumat Ahli Premium bagi tajaan aras 1 anda sahaja.

4. Komisen

  1. Komisen akan dijana secara automatik oleh sistem HabNiaga.com setiap kali Ahli Premium tajaan membuat sebarang transaksi.
  2. Peratus komisen adalah bergantung kepada jenis transaksi yang dibuat. Rujuk Senarai Peratus Komisen pada laman Laporan Pendapatan di My Akaun.
  3. Komisen diberikan dalam bentuk kredit dan terus dimasukkan ke jumlah baki kredit di My Dompet.

5. Tebus tunai

  1. Hanya Ejen yang aktif dibenarkan untuk akses ke borang permohonan Tebus Tunai di My Dompet.
  2. Permohonan tebus tunai boleh dibuat bermula 25hb setiap bulan.
  3. Pembayaran akan dibuat bermula 1hb sehingga 10hb bulan berikutnya.
  4. Pembayaran hanya akan dibuat kepada Ejen yang memohon Tebus Tunai sahaja.
  5. Had nilai tebus tunai boleh dilihat pada pilihan jumlah pada borang permohonan di My Dompet.

6. Bonus & ganjaran

  1. Ejen aktif berpeluang untuk mendapat bonus & ganjaran jika berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
  2. Sila rujuk laman Bonus & Ganjaran untuk melihat syarat dan bonus terkini.
  3. Hanya Ejen yang menghantar permohonan Tebus Bonus sahaja akan diluluskan pemberian bonus & ganjaran.

7. Penarikan status ejen

  1. Sebagai Ejen berdaftar, anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
    1. Melanggar sebarang terma dan syarat HabNiaga.com.
    2. Menyebarkan keburukan sehingga menyebabkan perniagaan Hab Niaga Global mengalami kerugian.
    3. Menyalahgunakan nama HabNiaga.com untuk melakukan aktiviti seperti penipuan (scam), cetak rompak dan sebagainya sehingga menyebabkan kerugian kepada orang ramai dan perniagaan Hab Niaga Global.
    4. Sebarang perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia dan Bank Negara.
  2. Jika didapati anda melanggar peraturan ini dengan bukti jelas, status Ejen anda akan dinyahaktif oleh pihak kami.
  3. Keadaan ini akan menyebabkan anda:
    1. Tidak boleh menaik taraf Ahli Premium baru.
    2. Tidak dapat menerima komisen daripada sebarang transaksi yang dibuat oleh Ahli Premium tajaan sedia ada.
    3. Tidak layak untuk menerima sebarang bonus & ganjaran ejen.
  4. Sekiranya status anda telah dinyahaktif, dan anda dapati ianya adalah kesilapan teknikal daripada pihak kami, anda boleh membuat rayuan dengan menghantar emel kepada pihak kami. Sila emelkan kepada [email protected] dan kemudian maklumkan kepada penaja anda. Sila isi butiran lengkap dalam emel anda bagi memudahkan urusan rayuan.

8. Perubahan Terma dan Syarat

  1. Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
  2. Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 4 Feb 2021.
Selamat datang Tetamu!

Selamat datang Tetamu!

Sila log masuk atau daftar.

Hab
Niaga