Utama » Bantuan » Terma dan Syarat Program Referal

Terma dan Syarat Program Referal

1. Terma-terma

Program referal – program tajaan yang disediakan oleh HabNiaga.com sebagai salah satu strategi pemasaran untuk mendapatkan pelanggan.

Penaja – agen yang mempunyai kod referal dan boleh menaja ahli baru di HabNiaga.com.

Tajaan – individu yang ditaja oleh Penaja di HabNiaga.com.

Kod referal – kod khusus yang diberikan kepada setiap agen referal, boleh digunakan untuk menaja ahli baru.

Pautan referal – pautan khas yang diberikan kepada setiap agen referal, boleh digunakan untuk mempromosikan laman-laman tertentu di HabNiaga.com.

Komisen – jumlah kredit yang akan diberikan kepada penaja mengikut peratus yang ditetapkan sekiranya tajaan membuat sebarang transaksi menggunakan kredit di HabNiaga.com.

Ruangan Agen – Laman khas agen untuk pengurusan program referal.

Level – tingkat atau aras tajaan.

 

2. Pendaftaran agen

  1. Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri sebagai agen referal HabNiaga.com.
  2. Pendaftaran agen boleh dibuat di laman Ruangan Agen di laman Beranda.
  3. Bagi melayakkan anda untuk mendaftar sebagai agen, anda perlu mempunyai penaja terlebih dahulu.
  4. Untuk pendaftaran penaja, anda perlu menggunakan kod referal atau menggunakan pautan referal yang boleh diperolehi daripada agen referal berdaftar yang aktif.
  5. Pendaftaran menggunakan kod referal atau pautan referal, akan menjadikan anda sebagai tajaan bagi agen pemilik kod referal atau pautan referal berkenaan.
  6. Semasa pendaftaran agen referal, anda DIWAJIBKAN untuk memasukkan maklumat kad pengenalan dan akaun bank anda. Maklumat ini penting bagi memudahkan pemantauan dari pihak HQ berkaitan dengan pematuhan Terma dan Syarat serta bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa tebus tunai komisen.
  7. Anda akan diberikan kod referal dan pautan referal milik anda sendiri setelah pendaftaran agen berjaya.
  8. Kod referal dan pautan referal ini boleh didapati di laman Ruangan Agen > Kod & Pautan Referal (Beranda).
  9. Pendaftaran sebagai agen referal hanya dibenarkan satu pendaftaran sahaja bagi setiap nombor kad pengenalan.

 

3. Penajaan

  1. Setelah pendaftaran anda telah berjaya, anda boleh menggunakan kod referal dan pautan referal anda untuk membuat penajaan.
  2. Kod referal boleh diguna untuk menaja ahli yang telah berdaftar di HabNiaga.com tetapi masih belum ada penaja.
  3. Pautan referal pula boleh diguna untuk mempromosikan laman web HabNiaga.com kepada yang belum menjadi ahli di HabNiaga.com.
  4. Ahli-ahli yang mendaftar sebagai tajaan anda akan disenaraikan di jadual Senarai Tajaan di laman Ruangan Agen > Laporan > Senarai Tajaan (Beranda).
  5. Anda boleh melihat maklumat terperinci setiap tajaan bagi tajaan aras 1 anda sahaja.
  6. Jumlah keseluruhan tajaan anda akan dipaparkan di laman Ruangan Agen > Laporan (Beranda).

 

4. Komisen

  1. Apabila tajaan anda membuat transaksi menggunakan kredit di HabNiaga.com, anda akan diberikan komisen mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
  2. Peratus jumlah komisen ini boleh dilihat di jadual komisen pada laman Ruangan Agen > Peratus komisen (Beranda).
  3. Komisen ini akan direkodkan secara automatik setelah transaksi tajaan selesai.
  4. Komisen anda diberikan dalam bentuk kredit.
  5. Rekod kredit komisen ini boleh dilihat di jadual Log Kredit pada laman My Dompet (Beranda).
  6. Kredit terkumpul boleh ditebus kepada tunai di laman My Dompet > Tebus Tunai (Beranda). Sila rujuk Terma dan Syarat Kredit.
  7. Kredit ini juga boleh diguna untuk melakukan sebarang transaksi di HabNiaga.com.

 

5. Penarikan status agen referal

  1. Sebagai agen referal berdaftar, anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
    1. Melanggar sebarang terma dan syarat HabNiaga.com.
    2. Menyebarkan keburukan sehingga menyebabkan perniagaan Hab Niaga Global mengalami kerugian.
    3. Menyalahgunakan nama HabNiaga.com untuk melakukan aktiviti seperti penipuan (scam), cetak rompak dan sebagainya sehingga menyebabkan kerugian kepada orang ramai dan perniagaan Hab Niaga Global.
    4. Sebarang perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia dan Bank Negara.
  2. Jika didapati anda melanggar peraturan ini dengan bukti jelas, status agen referal anda akan dinyahaktif oleh pihak kami.
  3. Keadaan ini akan menyebabkan anda:
    1. Tidak boleh menaja ahli baru.
    2. Tidak dapat menerima komisen dari tajaan sedia ada.
    3. Tidak layak untuk menerima sebarang bonus agen referal.
  4. Sekiranya status anda telah dinyahaktif, dan anda dapati ianya adalah kesilapan teknikal daripada pihak kami, anda boleh membuat rayuan dengan menghantar emel kepada pihak kami. Sila emelkan kepada habniaga@gmail.com dan kemudian maklumkan kepada penaja anda. Sila isi butiran lengkap dalam emel anda bagi memudahkan urusan rayuan.

 

6. Bonus agen

  1. Bonus agen akan diumumkan jika pihak HQ mahu berbuat demikian.
  2. Bonus akan diberikan mengikut pencapaian yang ditetapkan.
  3. Bonus adalah tertakluk kepada makluman semasa dari pihak HQ.
  4. Bonus akan diumumkan melalui laman Beranda atau laman Ruangan Agen.

 

7. Perubahan Terma dan Syarat.

  1. Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
  2. Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 29 Ogos 2019.