Utama » Bantuan » Tips bina laman web perniagaan

Tips bina laman web perniagaan

Tips bina web perniagaan

Pengiklanan perniagaan di HabNiaga.com amat menitik-beratkan perniagaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang kerajaan Malaysia.

Sebelum anda mengiklankan web perniagaan anda di HabNiaga.com, pastikan perkara berikut diwujudkan dalam web perniagaan anda:

Pastikan perniagaan anda ada logo perniagaan.

Logo perniagaan memainkan peranan penting untuk memudahkan pelanggan mengingati perniagaan anda.

Masukkan gambar logo perniagaan anda di laman web perniagaan anda.

Saiz yang disarankan ialah pada nisbah 1:1.

Pada laman web anda, jadikan laman utama sebagai ringkasan kepada laman-laman lain seperti laman produk, laman info dan sebagainya.

Jangan terlalu panjang sehingga pelawat bosan untuk skrol ke bawah.

Pastikan anda masukkan semua ringkasan-ringkasan laman penting di laman utama.

Setiap laman web perniagaan wajib ada laman dokumentasi, merangkumi:

  1. Terma & Syarat
  2. Polisi Privasi
  3. Hak Cipta
  4. Penafian
  5. Dan sebagainya.

Tanpa laman ini, laman web anda mungkin sukar untuk diyakini prospek pelanggan, dan mungkin akan berdepan kesukaran jika terlibat dalam kes berkaitan undang-undang.

Laman berkaitan info perniagaan anda perlu dinyatakan dengan jelas, seperti nama perniagaan atau syarikat, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, ringkasan perniagaan, motto perniagaan, nombor telefon, emel, waktu operasi dan sebagainya.

Di laman ini boleh diletak gambar logo perniagaan anda.

Laman ini penting bagi meyakinkan prospek dan pengguna terhadap perniagaan yang anda lakukan, disamping memudahkan pengguna untuk berhubung dengan anda jika terdapat masalah selepas mendapatkan produk atau servis anda.

Laman ini adalah laman terpenting dalam mempersembahkan produk atau servis yang anda sediakan.

Sebaiknya, setiap produk diletakkan dalam satu laman sahaja.

Jika banyak produk, jadikan senarai produk di laman ini, dan pautan pada setiap senarai dituju ke laman huraian produk. Masukkan gambar produk, video produk, huraian, harga dan sebagainya pada laman huraian produk.

Jika perlu, letakkan juga cara untuk membuat tempahan.

Jika perlu, anda perlu masukkan laman bantuan di web anda.

Di laman ini, anda boleh letak panduan cara-cara menggunakan web anda, sama ada dalam bentuk artikel atau video.

Jika web anda adalah ecommerce, laman ini sangat penting sebagai rujukan kepada pelanggan baru.

Dengan laman ini, anda tidak perlu bersusah-payah berhubung dengan pelanggan untuk mengajar cara menggunakan laman web anda.

Bagi memastikan emosi pelanggan dapat ditarik pada saat pertama mereka melawat web anda, anda perlu pastikan tema web anda sesuai dengan jenis produk dan servis yang anda sediakan.

  1. Warna tema yang sesuai.
  2. Reka grafik yang ringkas, menarik, kena dengan produk atau servis anda.
  3. Animasi, jika ada, yang sesuai dan menarik.
  4. Dan lain-lain lagi yang akan memberi pengalaman terbaik untuk pelawat web anda.

98% pengguna internet melayar internet menggunakan telefon.

Jadi, adalah amat penting paparan web perniagaan anda mesra paparan telefon (memanjang ke bawah) bagi memberi pengalaman yang terbaik kepada pelawat web anda.

Kegagalan menyediakan paparan mengikut skrin telefon akan menyebabkan anda kehilangan 98% prospek sasaran anda.

Web perniagaan yang terbaik ialah web yang pelanggan suka untuk melawat.

Antara perkara yang perlu dielakkan dalam web anda ialah:

  1. Terlalu perlahan. Pastikan anda mendapatkan pelayan yang laju.
  2. Terlalu berat. Kurangkan penggunaan javascript yang keterlaluan. Kecilkan saiz gambar.
  3. Rekaan yang kompleks. Gunakan rekaan yang mudah, ringkas dan menarik.
  4. Tema tidak kena dengan produk atau servis yang disediakan. Pastikan anda memilih tema yang betul untuk web perniagaan anda.

Dan lain-lain lagi perkara yang boleh menyebabkan pelanggan kurang selesa melawat web anda.

Senarai di atas hanyalah cadangan dari pihak kami bagi memastikan web perniagaan anda nampak lebih profesional. Laman-laman lain yang perlu boleh ditambah mengikut keperluan perniagaan anda.