Utama » GatherCare » Soal Jawab

Soal jawab GatherCare

Gather Care bukan takaful/insurans tapi platform perkongsian kos perubatan dengan eMAS sebagai TPA. Program ni adalah patuh shariah.

Pada 23 Mac 2017, GatherCare pernah dilaporkan dan dimasukkan ke consumer alert list.

Selepas itu, GatherCare menyerahkan semua dokumen untuk BNM buat semakan and audit.

Selepas 9 bulan, BNM membuang GatherCare daripada consumer alert list .

Ya , diluluskan oleh Afsha Shariah Advisory. Sila rujuk sijil patuh syariah pada laman penerangan.

RM262.99 untuk bayaran pendaftaran (bagi umur 6 – 40 tahun, tidak merokok).

Seterusnya akan berlaku penolakan secara auto RM200 dari kad ATM selepas 30 hari.

Penolakkan RM360 dari kad ATM akan berlaku selepas 12 bulan dari tarikh penyertaan GatherCare dan berterusan untuk setiap tahun.

Kos perkongsian bulanan akan ditolak dari apps wallet.

Nilai apps wallet bermula RM100 semasa menyertai GatherCare dan akan berlaku penolakan kad ATM jika baki kurang dari RM50 menjadikan baki RM100 semula.

Bagi peserta berumur 14 hari – 5 tahun, dan umur 40 – 45 tahun, kos bayaran sila rujuk ejen.

Umur antara 6 – 40 tahun.

Warganegara Malaysia.

Sihat tubuh badan (tidak pernah mendapatkan rawatan sakit kritikal).

Untuk menyertai GatherCare, umur dibenarkan ialah antara 6 – 40 tahun.

Apabila sudah berjaya menyertai, boleh membuat tuntutan seumur hidup.

Insurans dan takaful dilindungi dibawah PIDM.

GatherCare tidak perlu.

Kenapa?

  1. Dalam takaful dan insurans, setiap tuntutan mereka ditanggung oleh syarikat mereka.
  2. Syarikat takaful dan insurans mengambil yuran / premium klien mereka untuk dibuat pelaburan. Apabila sebut pelaburan sudah tentu ada risiko.

Kerana 2 perkara utama di atas ini, takaful dan insurans perlu didaftarkan di bawah PIDM.

Sebaliknya, GatherCare tidak perlu didaftarkan di bawah PIDM.

Kerana di GatherCare:

  1. Setiap tuntutan rawatan ahli, bukan syarikat GatherCare yang tanggung, tetapi ditanggung oleh semua pekongsi / ahli.
  2. GatherCare tidak membuat sebarang pelaburan dalam program ini.

Langkah pertama:

Sebelum pergi ke hospital panel, hubungi e-MAS terelbih dahulu. Maklumkan kepada pihak e-MAS situasi anda dan hospital mana anda akan diwadkan.

( e-MAS hotline 0340414627 )

Langkah kedua:

Setelah sampai di hospital panel, jururawat akan tanya anda:

“Ada takaful / insurans tak?”

Anda perlu jawab:

“Ada, bawah e-MAS.”

Berikan IC anda dan tunjukkan Kad Anda (Admission Kad) pada laman Hospital (klik butang Hospital) di portal GatherCare.

Melebihi 250 buah hospital panel seluruh negara.

Sila rujuk pada pautan berikut:

Senarai hospital panel

Tidak ada, hanya perlu bayar deposit RM 0 ~ RM 500 (bergantung kepada hospital panel).

Apabila telah discaj, anda  boleh dapatkan balik bayaran deposit tadi.

Selain tu, GatherCare boleh membantu menampung kos co-takaful atau co-insurance / deductible bagi insurans / takaful.

COVID swab test pun boleh guna GatherCare untuk tanggun yuran tersebut (mesti masuk wad).

Perbelanjaan untuk penginapan dan makan di bilik hospital semasa rawatan, ditanggung oleh GatherCare maksimum RM150.00 sehari, tidak melebihi maksimum 120 hari untuk setiap tahun.

Secara umumnya, bilik empat katil boleh dipilih dan dikenakan bayaran RM150 satu malam.

Ahli (pekongsi) perlu membayar sendiri baki jika melebihi RM150.

Ahli (pekongsi) tidak boleh memilih jenis bilik yang lebih baik daripada bilik empat tempat tidur kecuali jika bilik tersebut telah penuh atau tidak tersedia.

[Dalam pembinaan]

Sila rujuk ejen.

Boleh. Sebab demam adalah sakit biasa (common illness).

Bergantung pada kecederaan dan rawatan yang diterima selepas kemalangan.

Jika tidak kritikal, boleh sertai.

Jika kritikal seperti pembedahan, perlu isytihar (declare) semasa menjawab soalan semasa mendaftar program GatherCare.

Tekanan darah tinggi (high blood pressure) tergolong dalam penyakit yang sedia ada.

Sila isytihar (declare) semasa menjawab soalan ketika daftar jadi ahli.

Sinus tergolong dalam penyakit yang sedia ada.

Sila isytihar (declare) semasa menjawab soalan ketika daftar jadi ahli.

Jika rawatan di hospital panel, GatherCare akan lindungi kos rawatan yang kritikal seperti memerlukan pembedahan @ jahitan luka.

0-60 hari, RM20,000 perlindungan kos rawatan hospital disebabkan kemalangan.

60-180 hari, RM1,000,000 perlindungan kos rawatan hospital disebabkan kemalangan, denggi, demam, gastrik, patah tulang, luka dan lain-lain. Penyakit kritikal belum dilindungi dalam tempoh ini.

Selepas 180 hari, RM1,000,000 perlindungan kos rawatan hospital disebabkan sakit kritikal dan lain-lain. Tambahan RM100,000 untuk rawatan kanser pesakit luar.

Tidak dilindungi. GatherCare hanya melindungi kos rawatan di hospital.

GatherCare tiada bayar dahulu dan tuntut (paid & claim).

Ahli perlu dapatkan GL daripada e-MAS dahulu baru boleh dimasukkan ke wad.

Bagi kes kecemasan, GL akan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit.

Bagi kes bukan kecemasan seperti temujanji untuk pembedahan, kelulusan GL akan ambil masa 2-3 hari. Jadi untuk kes ni, ahli (pekongsi) perlu mohon lebih awal.

GatherCare tidak sama seperti takaful / insuran.

Yuran bulanan GatherCare tidak tetap.

Contohnya, pada bulan Jun ada 2 kes kemasukan ke hospital dengan jumlah bil RM30,000 dan jumlah Sharer ada 1000 orang.

RM30,000 ➗ 1000 = RM30

Bermakna, RM30 saja setiap pekongsi perlu bayar.

Jika tiada kes kemasukan ke hospital pada bulan itu, jumlah perkongsian ialah RM0.

Jumlah perkongsian maksimum setiap bulan hanya RM50.

Jika jumlah perkongsian melebihi RM50, contohnya RM80, pekongsi hanya perlu bayar maksimum RM50 pada bulan tersebut dan baki RM30 akan dibawa ke bulan depan.

Pihak GatherCare akan tanggung kos rawatan tersebut dahulu.

Seterusnya akan berlaku perkongsian kos rawatan tersebut setiap bulan maksimum rm50 bukan perokok dan rm60 bagi perokok sehingga selesai kos rawatan yang melebihi jumlah duit total tabung pekongsi.

Kos rawatan yang lebih tu e-MAS telah membuat jaminan dengan semua  hospital panel.

Dan GatherCare ada Aktuari yang sudah mengkaji peratusan orang yang sakit dalam 1 komuniti / kumpulan.

Aktuari yang membuat kiraan ini adalah daripada pakar syarikat insurans juga.

Mengikut data GatherCare terkini, bagi kategori had umur 6-40 tahun, kebiasannya jumlah yang sakit skaligus dalam sebulan, hanya lebih kurang 0.1%~0.3% saja .

Pemotongan perkongsian akan dibuat pada setiap 24hb, jika ada tuntutan perubatan telah dibuat.

GatherCare akan berikan Rm100/sehari jika diwadkan disebabkan jangkitan Covid19 maksimum 30 hari. Hanya ahli yang telah sertai lebih 60 hari sahaja layak menerima manfaat ini.

Diwadkan untuk buat ujian calitan (swab test), yuran ujian, tidak kira hasil ujian positif atau negatif, juga akan ditanggung oleh GatherCare, asalkan dimasukkan ke wad.

GatherCare tidak menanggung kos rawatan akibat Covid19 sepertimana juga insurans dan takaful juga tidak tanggung.

Rawatan pendamik ditanggung oleh pihak kerajaan.

GatherCare tidak ada lesen untuk memungut duit daripada orang ramai.

Namun begitu, semua deposit perkongsian yang dibayar oleh pekongsi dikumpul & disimpan oleh pemegang amanah (trustee) yang dilantik iaitu Ong and Manecksha.

Deposit ini tidak masuk ke akaun syarikat GatherCare.

Takda pengecualian mengikut pekerjaan, semua boleh sertai asalkan cukup syarat.

Walaubagaimanapun, ada pengecualian perlindungan apabila berlaku kemalangan disebabkan aktiviti berbahaya dalam pekerjaan.

Contohnya pelumba motor professional boleh sertai GatherCare, tapi kemalangan ketika berlumba tak dilindungi GatherCare.

Kecederaan disebabkan aktiviti militari juga tidak dilindungi GatherCare.

Yuran tahunan tidak dibayar balik.

Manakala deposit wang perkongsian akan dipulang semula selepas berlaku penolakan perkongsian kos perubatan pada bulan tersebut.

Tidak ditanggung. GatherCare hanya melindungi kos bil perubatan ketika diwadkan di dalam hospital.

GatherCare tidak mengambil keuntungan dalam perlindungan.

GatherCare merupakan perkongsian ramai (crowd sharing) dan satu teknik kewangan untuk menyelesaikan masalah harga premium yang tinggi oleh insurans / takaful.

Pada masa akan datang, GatherCare akan lebih fokus kepada Big Data Ecosystem untuk menjana keuntungan.

Bagaimana Big Data Ecosystem berfungsi?

Terdapat 2 contoh untuk BIG DATA Ecosystem :

1. Facebook

Facebook (FB) tidak mengambil sebarang yuran @ mengenakan cas pada ahli. FB menyediakan platform data bagi mereka yang mencari pelanggan (pengiklanan di FB), jadi penjual perlu bayar FB. Ini adalah keuntungan besar sekaligus.

2. Wechat

Wechat di Malaysia hanya fokus pada pencarian orang sekeliling (nearby people). Di China, Wechat fokus pada pencarian barang berdekatan (merchant nearby), jadi pengguna membeli di Wechat. Penjual perlu membayar Wechat incentive dan rebate. Keuntungan ini lebih besar dari FB.

Pihak waris ahli GatherCare perlu berikan sijil kematian, mykad dan salinan surat kubur kepada ejen GatherCare.

Selepas 24hb perkongsian, dalam 7~14 hari akan dapat pampasan .

Tidak, kerana setiap bulan bayaran perkongsian adalah tidak tetap dan yuran tahunan juga rendah.

Tetapi pihak HQ akan cuba yang terbaik untuk menjadikannya boleh. Harapnya di masa akan datang LHDN akan terima permohonan kita.

Afsha akan mengaudit akaun GatherCare setiap 2 tahun dan akan mempebahrui sijil patuh shariah setelah selesai sesi audit.

Bukan mudah untuk mendapat kelulusan sijil patuh shariah.

Dibawah adalah maklumat lanjut :
https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/registered-shariah-advisers/list-of-registered-shariah-advisers

Ya, kos rawatan masih ditanggung oleh GatherCare jika akaun GatherCare masih aktif dengan tiada tungakan sebelum masuk ward.

Jika ada sebarang pertanyaan yang tiada dalam senarai soal jawab di atas, sila hubungi saya melalui Whatsapp di bawah:

Klik butang di bawah untuk pendaftaran: