Kisah Orang Bankrap

Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang baru saja diBANKRAPkan oleh sebuah bank pada awal tahun ni (2016).

Kisahnya saya hanya tahu saya bankrap bila nak ambik gaji kat ATM sebuah bank, akaun saya dibekukan dan bank tersebut beri surat pemberitahuan saya telah dibankrapkan oleh bank lain dan rujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), pada saat tu dunia ni dah rasa kecik dah, dah macam gived up, tapi oleh kerana tiada jalan lain, saya beranikan diri ke JIM (sebab nanti waran tangkap plak keluar bila kita tak munculkan diri di Jabatan Insolvensi).

Alhamdulilah, pegawai pegawai Jabatan insolvensi semuanya mesra baik dan profesional, dan BIAR SAYA BERITAHU rupanya STATUS BANKRAP ni bukan bererti anda tiada masa depan dah ATAU DAH TAK BOLEH HIDUP DAH.

Apabila ditemuramah dan dijelaskan terperinci oleh pegawai JIM yang TADBIR kes saya, JANGKAAN SAYA MELESET sama sekali.

Saya di bankrapkan oleh sebuah bank dan DALAM MASA SAMA saya mempunyai tunggakan di beberapa bank lain (pinjaman peribadi, kad kredit, kereta). Hutang di koperasi, syarikat pemberi pinjaman berlesen, Astro, Celcom (ya masa muda saya amat teruk) DAN JUMLAH KESELURUHAN RM 150 000.

Dulu saya kerja pegawai kerajaan tapi telah berhenti dan kerja sebagai pengawal keselamatan saja dengan gaji RM1200 sebulan.

Berbalik cerita saya sampai ke JIM, saya isi banyak borang antaranya hutang-hutang yang ada di tempat lain, aset yang ada (yang ATAS NAMA SAYA) dan pendapatan bulanan.

Saya TERKEJUT apabila saya hanya perlu membayar MINIMUM RM100 sebulan untuk SEMUA HUTANG-HUTANG yang saya sebut tadi.

MANA NAK CARI TEMPAT hutang beratus ribu banyak tempat TAPI HANYA BAYAR 100 je sebulan???

Hanya JIM saja boleh lakukan.

Itulah MAGIK AKTA BANKRAPSI NI.

Dan saya mungkin bernasib baik kerana saya tinggal dirumah yang bukan atas nama saya TAPI AYAH SAYA dan kereta kedua yang saya pakai adalah atas nama abang saya dan kereta tu dah tiada CCM di bank.

JIM hanya mengambil alih aset yang tertulis hitam putih atas NAMA ANDA SAHAJA. Aset harta isteri ke mak ayah ke keluarga ke MEREKA TAK GANGGU PUN, EPF mereka tak ambik pun, dan jika anda ada barang bernilai pun mereka tidak akan ganggu KECUALI jika barang anda tu bernilai RM5000 ke atas. Jadi setakat henfon Samsung S5, Lenovo, Sony ke apa, TV 29 inci plasma mereka tak ambik pun.

Memang status bankrapsi ni banyak SEKATAN tapi ia BUKAN SEKATAN MACAM DINDING PENJARA TU.

Contoh diri saya, gaji saya pada bulan tu kira HANGUS kerana akaun telah ditutup.

TETAPI saya dibenarkan buka akaun baru di bank lain untuk kemasukam gaji bulan seterusnya. Bukan susah pun, saya mohon kebenaran buka akaun tu dalam dua jam je. Saya dah dapat surat kebenaran buka buku akaun baru di Maybank, pada hari tu juga saya pergi ke sana.

(Kenapa Maybank? Sebab pegawai JIM tu yang cadangkan, Maybank dan Public bank tak cerewet sangat nak buka buku akaun org bankrap berbanding bank lain).

Saya bertanya, bolehkah saya buat part time berniaga guna lesen mak saya dan dalam masa sama saya teruskan kerja saya sebagai sekuriti?

TIADA MASALAH PUN.

Dalam beberapa jam dah dapat kebenaran setelah isi borang tertentulah.

Tak susah pun. Pegawai JIM akan tunjuk ajar A-Z. Ada tak faham tanya je.

Majikan saya tidak tahu pun hingga hari ni saya bankrap kerana saya bukan kerja di bahagian pembuat keputusan atau kewangan (bagi kerja kerajaan mereka ada sistem sendiri yang automatik ketua Jabatan tahu status kewangan penjawat awam tu).

Saya acah-acah je buat surat kepada kerani saya nak tukar akaun gaji kerana tempat tinggal saya terdekat adalah Maybank dan saya nak guna sistem e-banking.

Kadang kadang antara sebab majikan tahu status kita ni bila kita tak hadirkan diri ke JIM setelah dibankrapkan.

Jadi, pegawai-pegawai JIM tu akan cari KITA ke rumah dan tempat kerja.

Jadi, tahu je dah bankrap cepat-cepat pergi JIM, jangan bertangguh.

Pegawai JIM tu sendiri ada cakap sebenarnya kebanyakan TOKEY-TOKEY berbangsa Cina lebih suka bankrapkan diri bila dah tak mampu bayar pinjaman yang berjumlah ratusan ribu atau jutaan ringgit. Mereka rela hati membankrapkan diri sendiri.

Sebabnya, jika ke AKPK pun macam kes saya, minimum kena bayar pun rm900 lebih sebulan.

Mana nak cari duit setiap bulan macam tu? Dah lah gaji 1200 je.

Tapi di JIM, saya hanya bayar MINIMUM RM100 je, nak bayar lebih pun tak apa.

Berbanding Melayu kebanyakannya melarikan diri dan MASALAH tu tak selesai, malah jadi lebih buruk.

Dan JIKA anda beri kerjasama, patuh setiap syarat dan lancar bayaran ke JIM, 5 tahun ke atas anda boleh mohon kepada ketua pengarah JIM untuk pelepasan bankrap.

Jika LULUS, anda seperti budak baru habis SPM dah.

Tiada hutang, zero, suci dan murni (tapi nak buat loan apa apa lepas tu memang tak dapat lah, dah ada REKOD, tapi dah rasa serik berhutang rasa nya. TIADA SIAPA nak terjerumus dalam hutang lagi ye tak?).

OK, saya TAK SARANKAN ANDA BANKRAPKAN DIRI.

Bankrap ni jalan terakhir.

BILA DAH BENAR BENAR TAK MAMPU DAH BAYAR ATAU/MELAYAN AGEN AGEN PENGUTIP HUTANG, berundinglah dulu dengan pemiutang anda.

Paling penting jika DAH TAHU STATUS BANKRAP, TERUSLAH KE JIM, jangan berlengah.

JIM akan jadi SEAKAN PERISAI kepada kita dari gangguan ugutan ejen-ejen pengutip hutang.

Macam kes saya, selepas saya bankrap, ada satu ejen kutip hutang ni (mungkin dia belum update kes saya) telefon nak ugut itu ini jika tak bayar.

Saya biarkan je dia bercakap 4-5 minit.

Lepas tu saya jawab je SAYA NI DAH DI BAWAH JIM DAH STATUS BANKRAP. Jika encik nak tuntut apa-apa, nak buat apa-apa encik pergi je JIM tempat saya ditadbir. Haaa, terdiam ejen pengutip hutang.

Sebenarnya BANK atau mana-mana pemiutang TAK SUKA PUN nak jatuhkan bankrap ni. Sebab mereka TAK UNTUNGPUN.

Contoh kes saya, RM100 sebulan bahagi kepada 7 pemiutang, tapi seorangg berapa je dapat sebulan? Kos guaman lebih mahal dari return tu.

Itulah ejen-ejen pengutip hutang ni MENUNTUT hutang dah macam gangster, ayat ganas gila sebab OBJEKTIF mereka, anda mesti bayar mengikut BERAPA MEREKA MAHU KAN.

Jika anda di bankrapkan, MEREKA TERPAKSA AKUR dengan jumlah bayaran yang ditetapkan JIM.

Itu saja share cerita saya.

Saya tulis pengalaman ni pun sambil menghirup kopi yang wangi eheheh.

INGAT BANKRAP BUKAN PENAMAT HIDUP. tq

Artikel ini ditulis dan diolah dari petikan asal.

1 thought on “Kisah Orang Bankrap

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published.

HabNiaga.com