[admin] Panduan forum

23 Mac 2025
Selamat datang ke forum HabNiaga.com. Forum adalah ruangan untuk berbincangan berkaitan perniagaan atau topik berkaitan. Sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pos forum, pastikan anda meneliti perkara berikut: 1. Topik jelas mengikut kategori. - Pastikan topik yang anda mahu pos berkaitan dengan dunia perniagaan atau seumpamanya sahaja. - Pastikan kategori topik dipilih dengan betul untuk memudahkan carian pengguna. - Pastikan ayat penulisan memudahkan pembaca untuk membaca. . 2. Topik tidak berulang. - Pastikan topik yang anda mahu pos tidak berulang. Sila buat carian forum terlebih dahulu sebelum buat pos baru. - Pos berulang kemungkinan akan digabungkan menjadi satu topik oleh pihak admin. - Jika topik sudah wujud, dan anda ada idea tambahan, sila tambah pada ruangan komen sahaja. - Pos berulang atau SPAM akan dibuang. . 3. Elakkan topik sensitif. - Elakkan topik yang sensitif seperti isu peribadi, kaum, agama, politik dan sebagainya. - Pos yang sensitif akan dibuang oleh admin. . 4. Cara buat komen. - Pastikan komen adalah berkaitan dengan pos yang dikomen. - Hormati ahli forum lain dalam memberi komen. - Elakkan pergaduhan yang boleh merosakkan keadaan dan hubungan. . 5. Bahasa Melayu sahaja. - Setiap pos dan komen hanya diutamakan dalam Bahasa Melayu sahaja. - Sebarang pos dan komen yang mengutamakan bahasa lain, kemungkinan akan diterjemah secara auto ke dalam Bahasa Melayu oleh sistem AI kami. . 6. Pengiklan digalakkan buat pos dan komen. - Jika anda ada membuat iklan di laman iklan, pastikan anda sentiasa buat pos dan komen bermanfaat. - Tindakan ini akan membantu pelawat forum melawat profil anda dan dapat melihat iklan yang anda buat. . 7. Elakkan beriklan di pos atau komen. - Jika anda mahu beriklan, sila ke laman iklan. - Sebarang pos dan komen yang berunsur iklan akan dibuang. . 8. Sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. - Ciri-ciri baru sistem forum akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, buat masa ini sila gunakan apa yang ada dahulu. Dikemaskini pada: 23 Mac 2025 p/s: Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika perlu.
96 dilihat 2 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Noted
4 bulan lalu Balas
0
Baik bos
4 bulan lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
21 Mac 2025     2 komen     163 dilihat
Jika anda mahu mengiklankan produk atau servis, sila buat iklan pada laman iklan yang disediakan. https://habniaga.com/iklan/ Sila tonton semua video panduan iklan ini supaya anda faham teknik membuat iklan berkesan.   1. Panduan iklan 1 – Cara tulis tajuk iklan   2. Panduan iklan 2 – Cara nak setkan maklumat iklan   3. Panduan iklan […]
23 Mac 2025     7 komen     456 dilihat
Berminat untuk menjana pendapatan dengan menjadi salah satu daripada pasukan jualan kami? HabNiaga.com kini mencari individu setiap negeri seluruh Malaysia untuk menjadi Konsultan (ejen) pemasaran dan jualan kami, di mana setiap negeri kami akan tubuhkan team Konsultan masing-masing. Nak tahu lebih lanjut, sila tonton video penerangan di bawah.   Video: Ringkasan kenapa anda perlu jadi […]
Topik terbaru
3 Jun 2025     0 komen     43 dilihat
Apa sebab masih guna wordpress utk buat salespage sedangkan dah ada yg dah lengkap seperti onpay.my dan bcl.my? _______________ Walaupun Onpay.my dan BCL.my menawarkan sistem lengkap untuk jualan, masih ramai yang memilih WordPress untuk bina salespage mereka. Ini bukan soal ikut trend semata-mata, tetapi lebih kepada kawalan, fleksibiliti dan kos jangka panjang. . 1. Kebebasan […]
2 Jun 2025     0 komen     39 dilihat
Kutipan 11 hari dah 34 juta . Dah potong Ejen Ali The Movie 1 dulu yang berjaya kutip 30 juta pada tahun 2019 dulu. Masa tu dah kira berjaya dah tu . Rasanya dengan cuti sekolah masih panjang ni, target kutipan 60 juta berjaya diperoleh kot . Saya rasa dngan hype skrg boleh cecah 80m! […]
2 Jun 2025     0 komen     37 dilihat
🚨 Senarai AI yang mungkin boleh bantu kerja anda jadi lebih cepat. Simpan siapΒ² untuk rujukan akan datang: 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan. https://chatgpt.com 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif. https://pika.art 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata. https://krea.ai 4. fliki.ai – Tambah voiceover […]
Lain-lain topik
21 Mac 2025     2 komen     100 dilihat
5 tips mahal untuk elak rumah kena pecah masuk: 1. Potong semak samun dan pokok yang membuatkan rumah kita jadi suram dan gelap. Pencuri suka duduk di kawasan ‘black area’ yang banyak semak samun dan pokok2 yang menutupi kawasan rumah. 2. Sila report pada pengawal keselamatan jika melihat ada penunggang motosikal yang tak dikenali sedang […]
2 Jun 2025     0 komen     34 dilihat
Simpan duit? Nak kena simpan berapa tiap bulan? Berapa lama? . Jika simpan sebulan : RM100 = 833 tahun RM500 = 166 tahun RM1,000 = 83 tahun RM2,000 = 42 tahun RM3,000 = 30 tahun RM5,000 = 17 tahun RM10,000 = 8 tahun RM15,000 = 5 tahun RM30,000 = 3 tahun . Weh, even korang […]
21 Mac 2025     4 komen     105 dilihat
Sama ada mahu sewa atau beli rumah, ia bergantung kepada keadaan kewangan, gaya hidup, dan matlamat jangka panjang anda. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan kedua-duanya supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak. 1. Sewa Rumah βœ… Kelebihan: ➜ Kos permulaan lebih rendah – Tidak perlu membayar deposit besar seperti membeli rumah. Biasanya hanya […]