Kisah inspirasi Khairul Aming

8 April 2025
Meskipun melalui pelbagai cabaran dan kegagalan. Namun, sikap tidak mudah berputus asa Khairul Aming telah membawanya kepada satu kejayaan yang cukup manis. Dengar sahaja tagline β€˜Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya. Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah. . Cerita kisah kehidupan pada 10 tahun lepas Baru-baru ini, Khairul Aming yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-30 telah memuat naik satu video menceritakan tentang perjalanan hidupnya di TikTok pada 10 tahun lalu sebelum bergelar sebagai seorang usahawan. Menerusi video tersebut, ketika berumur 20 tahun dia telah melanjutkan pelajarannya di Vanderbilt University, Amerika Syarikat selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sains bahan serta menerima anugerah dekan dan AT&T. Sepanjang tempoh pembelajaran, usahawan itu turut menimba pelbagai pengalaman dan mula menceburi bidang videografi bermula pada umur 21 tahun sehingga memenangi tempat pertama bagi pertandingan International Travel Video di USA. . Pulang ke tanah air untuk bekerja Pada usia 23 tahun, dia pulang ke tanah air dan bekerja dalam bidang β€˜oil dan gas’ sebelum masuk ke bahagian logistik selepas setahun dalam pekerjaan tersebut. Jelasnya, berada di dalam bidang tersebut banyak mendedahkan kepada dunia perniagaan dan dapat mempelajari pelbagai cabang bidang lain seperti pengurusan, kewangan dan banyak lagi. . Umur 25 tahun, Khairul Aming nak cari duit dengan berniaga Ketika berusia 25 tahun, Khairul Aming kemudian ingin mencari duit tepi dengan melakukan beberapa perniagaan namun gagal lalu memutuskan untuk membuat video masakan dan dimuat naik dalam chanel Facebook yang dinamakan β€˜Rasapop’. Menurutnya, pada 26 tahun chanel Rasapop itu telah mendapat sambutan menggalakkan sehingga menerima setengah juta pengikut, yang kemudian membuatkan usahawan tersebut ingin melakukan perniagaan sambal sendiri. . Meniaga Sambal King gagal, mula tampilkan diri Namun, apa yang menyedihkan perniagaan yang diberi nama Sambal King itu juga gagal dan mengalami kerugian serta view di laman Facebook RasaPop turut merundum sehingga membuatkan dia terpaksa membina semula nama daripada awal. Di usia 27 tahun dia mula menonjolkan diri sebagai Khairul Aming dan mula mendapat perhatian ramai sehingga memiliki jutaan pengikut. Meskipun gembira dengan perkara itu namun dia turut mengakui privasinya hari demi hari berkurangan. . Bapa pergi menghadap ilahi, berhenti kerja dan mulakan Sambal Nyet Namun dalam kegembiraan yang dimiliki, dia turut diuji apabila bapa tercinta dijemput menghadap ilahi dan dalam tahun yang sama usahawan itu membuat keputusan berhenti dari kerjayanya dalam bidang minyak dan gas untuk memulakan perniagaan Sambal Nyet pada usia 29 tahun. Selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan dalam kehidupan, akhirnya usahawan ini berjaya dalam perniagaannya apabila membuat jualan lebih RM7 juta serta habis dijual setiap hari di dalam aplikasi atas talian. . Bersyukur dengan kejayaan Sambal Nyet, nak jumpa semua yang dah menyokong Katanya, dia bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang dimiliki dan kini telah berjaya membuka dua kilang Sambal Nyet dan menyatakan kilang kedua masih mempunyai sedikit lagi pengubahsuaian sebelum boleh digunakan sepenuhnya. Tambahnya, disebabkan tiada lagi sekatan kerana pandemik Covid-19 maka usahawan ini ingin berjumpa dengan orang ramai yang telah menyokong kerjaya dan perniagaannya. Dia turut memaklumkan sempena usia 30 tahun, usahawan ini mahu mengembara ke lebih banyak tempat sebagai ganjaran untuk diri sendiri dan membuat konten yang lebih menarik di luar sana. . Ramai kagum dan jadikan sebagai kejayaan Khairul Aming sebagai inspirasi Meninjau di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan usahawan tersebut dan menyatakan ia boleh dijadikan sabagai satu inspirasi yang baik. Artikel asal: https://www.buzzkini.com/trending/2022/09/26/inspirasi-khairul-aming-cerita-cabaran-10-tahun-lalu-sebelum-sukses-jual-sambal-nyet-video/
Kisah inspirasi Khairul Aming
Kisah inspirasi Khairul Aming
Kisah inspirasi Khairul Aming
223 dilihat 3 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Ramai jgk yg saya jumpa, mereka kata mereka beli sambal nyet KA ni bukan sbb sedap sgt pun, tapi sbb aura KA tu. Kalo bukan sbb aura KA tu mmg dia tak beli dah.
1 tahun lalu Balas
0
Betul. Kawan saya pun ramai mcm ni. haha
1 tahun lalu Balas
0
Antara tokoh usahawan muda terhebat.
1 tahun lalu Balas
0
Dah terkenal sampai luar negara. Tgk hari tu dia kat Dubai.
1 tahun lalu Balas
0
KA pun pernah gagal. Maknanya tiada orang hidup terus berjaya. Cuma lihat apa yg KA buat untuk bangkit balik. Bukan buat produk baru terus, tapi fokus kepada menonjolkan diri dan bina peminat.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
4 Mei 2025     0 komen     255 dilihat
β€œKenapa orang berjaya terus berjaya dan kenapa orang biasa susah nak berjaya.” Ini antara sebabnya: . 🎯 1. Fokus dan berdisiplin Orang berjaya ni fokus bila buat sesuatu, dan bila dia buat sesuatu dia buat dengan bersungguh-sungguh buat dengan penuh disiplin, tepati segalanya dan bukan separuh jalan, rasa down dan terus berhenti. Jangan berhenti kalau […]
21 Mac 2025     2 komen     211 dilihat
Bangkit Kembali, Jangan Mengalah!πŸ”₯ Bisnes jatuh bukan tanda kegagalan, tapi ujian untuk menjadikan anda lebih kuat! Setiap usahawan hebat pernah melalui fasa kejatuhan. Mereka yang berjaya bukan kerana mereka tak pernah gagal, tetapi kerana mereka tak pernah berhenti! Ingat balik kenapa anda mulakan bisnes ini? Apa impian anda? Apa matlamat besar anda? Jangan biarkan kegagalan […]
8 April 2025     1 komen     203 dilihat
Pernah terfikir kenapa hidup kita tidak berkembang dan sentiasa di takuk lama? Ramai juga rasa putus asa bila memikirkan kehidupan yang tidak berubah dari dulu. Empat sebab utama mengapa terjadi begini ialah: 1. Tiada jaringan (No connections) – Ini merujuk kepada kekurangan hubungan atau kenalan yang boleh membantu kita berkembang dalam kerjaya atau kehidupan. 2. […]
Topik terbaru
20 Oktober 2026     0 komen     17 dilihat
Real agent in Malaysia is Mrs Shahira Real agent in Malaysia is Mrs Shahira My name is Chong i am from Chinese i live in Malaysia Am so happy today i have been scam by so many sugar mummy agent in Malaysia here i was so surprise today i just contact agent Mrs Shahira WhatsApp […]
20 Oktober 2026     0 komen     13 dilihat
While searching for a way to improve my financial situation, a friend recommended a reliable Sugar Mummy Hookup service. I reached out to Mrs. Shahira, a trusted agent based in Malaysia. Her expertise and professionalism made the process seamless. You can contact Mrs. Shahira directly via WhatsApp at +601111132703 or on Telegram using the username […]
5 Oktober 2026     1 komen     32 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
Lain-lain topik
24 Mac 2025     1 komen     396 dilihat
Pilihan antara makan gaji dan berniaga bergantung kepada matlamat hidup, tahap kesediaan, dan personaliti seseorang. Berikut adalah perbandingan kedua-duanya: πŸ‘¨β€πŸ’Ό Makan Gaji (Bekerja untuk Majikan) βœ… Kelebihan: ➜ Pendapatan stabil – Setiap bulan dapat gaji tetap. ➜ Manfaat pekerjaan – Seperti KWSP, SOCSO, insurans, cuti tahunan, dan faedah perubatan. ➜ Kurang risiko – Tidak perlu […]
7 Mei 2026     0 komen     155 dilihat
Beli kereta ni memang nampak simple, tapi kalau tersilap langkah boleh jadi beban bertahun-tahun. Ramai orang excited sangat masa nak beli sampai lupa kira komitmen sebenar. Lagi-lagi bila tengok kereta cantik, terus rasa nak sign cepat-cepat. Sebenarnya, beli kereta kena plan elok supaya tak menyesal lepas beberapa bulan pakai. Kalau korang first time nak beli […]
2 Mei 2025     1 komen     200 dilihat
Quote “Jangan jual produk, jual penyelesai masalah” membawa satu mesej yang sangat penting dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Ia mengingatkan kita bahawa pelanggan sebenarnya tidak membeli produk semata-mata, tetapi mereka membeli penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. . 1. Produk hanyalah alat, bukan tujuan Orang tak beli drill sebab mereka suka drill β€” mereka beli […]
HabNiaga.com Β© 2026