Cara didik anak berniaga

12 April 2025
Hasil jualan anak no.2 meniaga. Modal RM3, jual RM6. Barang ni bagus, boleh buatkan anak-anak ralit, tak main gajet. Boleh mengasah minda juga. Ayah dia bagi modal RM36. 1st round dia jual, dia bagi duit RM36. "Man, ayah ambil duit modal dulu ya." "Ala ayah, tak boleh ke kita bahagi terus sekarang?" "Tak boleh. Ayah kena ambil duit modal dulu. Lebih tu untung, baru kita bahagi." Hari ni dia bagi duit. "Ayah, semua dah habis terjual." RM55. "Ok, ayah ambil untung RM20, lebih ni Man ambil. RM35. Banyak tak?" "Banyak gila ayah. Best." "Tengok ayah untung RM20. Sikit kan? Bayangkan ayah pasang 100 orang Luqman, buat jualan sama macam Man." "Fuhh. RM2000 ayah. Bestnya ayah." "Nak pandai cari duit macam ni kena belajar pandai-pandai. Tu tengok mama kamu tu. Ada PhD. Sambil baring pun duit masuk tau." Maknya yang tengah baring tergelak. Tak jadi nak baring. "Man, belajar pandai-pandai nanti jual mama punya skincare pulak." 😂 Si Luqman ni kami dah tahu DNA dia sales. Maknanya dia memang pandai cari duit. Teringat pula pesan saya pada si kakak sulung. "Kakak, Luqman ni pandai cari duit. Tapi duit tak lekat kat tangan. Jadi kakak kena jaga duit adik nanti tau." Si kakak ni pula orangnya tersusun. DNA dia finance. Bagi duit belanja RM5, RM5 la dia bawa balik. Simpan dalam tabung. Si kecik bongsu pula? Dia ni kunci kepada networking dengan orang lain. Pernah sekali tinggalkan kejap kat kerusi di ioi city mal tu. Sebelah ada budak tengah main game di hp. Elok je dia tegur nak tengok. Baru 3 minit tinggalkan, hp budak tu dah kat tangan dia. Ish pandai betul dia mengayat. "SAIF, BAGI BALIK HANDPHONE KAWAN TU!!" Macam tu lah kawan-kawan. Anak-anak ni, walaupun keluar dari perut yang sama. Perangainya berbeza-beza. Jangan sesekali kau anggap kau bela sama rata, hasilnya sama. Lain. Kredit: Shafiruz Zaini
Cara didik anak berniaga
223 dilihat 3 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Kalo masa kecil suka habiskan duit, dah dewasa nnt biasanya itulah perangainya. Jika masa kecil pandai cari duit, biasanya dah dewasa pun itulah skillnya. Didiklah anak dari awal. Terbaik!
1 tahun lalu Balas
0
Betul. Didik anak biarlah dari rebunnya. Eh...didik buluh.
1 tahun lalu Balas
0
Org melayu kena didik anak-anak berniaga. Bagus brader ni. Terbaik lah.
1 tahun lalu Balas
0
Dulu org Melayu suka anak makan gaji kerja gov.
1 tahun lalu Balas
0
Didik berniaga sejak kecil. Bagus ni.
1 tahun lalu Balas
0
Kena tiru cara orang Cina berniaga.
7 bulan lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
24 April 2025     2 komen     216 dilihat
Kalau nak mulakan bisnes online, langkah paling penting adalah mula dengan jelas – faham apa yang nak dijual, kepada siapa, dan bagaimana nak sampaikan. Saya ringkaskan untuk senang ikut: . ✅ Langkah 1: Tentukan Niche & Produk Tanya diri: • Apa masalah yang orang sanggup bayar untuk selesaikan? • Apa yang saya minat, tahu atau […]
25 Mac 2025     1 komen     253 dilihat
Memulakan perniagaan tanpa modal memerlukan kreativiti, usaha, dan strategi yang betul. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil: 1. Gunakan Kemahiran dan Kepakaran Anda Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang seperti menulis, reka bentuk grafik, pemasaran, atau pembangunan web, anda boleh menawarkan perkhidmatan tersebut tanpa perlu mengeluarkan modal. Contoh: – Menawarkan servis penulisan artikel, […]
13 April 2025     1 komen     261 dilihat
Hari tu terjumpa video youtube podcast yang dibuat oleh Funnel Evo, saudara Fahdi Ghazali bersama dengan pengasas jenama terkenal suka Malaysia, iaitu Al-Ikhsan Sports. Dulu tertanya-tanya jugak siapa pengasasnya dan bagaimana jatuh bangun jenama ini menapak di Malaysia. Kali ni baru saya tahu kisahnya. Menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi. Boleh tonton sendiri podcast […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     47 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     105 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     102 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
20 Mac 2025     2 komen     247 dilihat
Sebelum melancong, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dan persiapkan supaya perjalanan anda lebih lancar, selesa, dan selamat. Berikut adalah panduan yang boleh membantu: ⛱ 1. Rancang Destinasi & Itinerari Perjalanan ✈️ Tentukan lokasi yang ingin anda lawati dan buat jadual perjalanan (itinerari). ✈️ Kenal pasti tempat menarik, aktiviti yang boleh dilakukan, serta […]
24 Mac 2025     1 komen     397 dilihat
​Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi Tahun Taksiran 2024 yang boleh dituntut semasa pengisian e-Filing pada tahun 2025:​ 1. Pelepasan Individu dan Tanggungan: ➜ Individu dan saudara tanggungan: RM9,000​ ➜ Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000​ ➜ Individu kurang upaya: RM6,000​ ➜ Suami atau isteri kurang upaya: RM5,000​ ➜ Yuran pengajian (diri sendiri): RM7,000​ […]
23 April 2025     1 komen     197 dilihat
Mulai bulan 7 (Julai) 2025, penggunaan e-Invoice akan diwajibkan kepada semua usahawan di Malaysia tanpa mengira saiz bisnes. Bawah ni 10 persediaan untuk guna e-invoice 👇 . 1. Faham Apa Itu e-Invoice • e-Invoice ialah invois elektronik yang dilaporkan dan disahkan kepada LHDN secara masa nyata. • Semua jenis transaksi perniagaan termasuk B2B, B2C, dan […]
HabNiaga.com © 2026