Mi Bodo pernah popular
Mi Bodo yang pernah popular kerana kuasa viral.
Dijual di warung Mee Goreng Hassan di Tengkera, Melaka sejak tahun 1979.
Ini ikon makanan negeri Melaka selain kuih keria antarabangsa.
Hanya dijual hingga ke pukul 11.00 pagi.
Setiap hari boleh kata warungnya penuh dengan pelanggan Melayu, Cina, India dan pelancong.
Dipanggil mi bodo kerana digoreng hanya guna mi kuning, taugeh dan sambal minyak.
Dulu ia popular di kalangan penduduk setempat kerana ia adalah makanan rakyat marhaen yang harganya cukup murah.
Orang kampung dan pekerja pejabat yang bergaji kecil akan datang makan tengah hari di sini untuk berjimat.
Masa viral dahulu ramai yang datang mencuba. Menariknya ada yang komplen "tak sedap".
Orang Melaka dan penduduk Tengkera sudah lama tahu mi bodo ini biasa-biasa saja rasanya. Tengok bahannya sahaja pun sudah tahu.
Tak pernah mereka 'claim' sedap, jauh lagi sedap mi goreng pasar malam sebenarnya.
Tapi hingga sekarang orang tetap datang makan di sini sebab keringkasannya dan rasa sambal yang unik, itu sahaja.
Jika ada yang datang hendak mencuba, jangan datang dengan pengharapan yang tinggi. Just enjoy it as it is bak kata orang Muo.
Jika tidak, anda akan rasa seperti diperbodohkan oleh mi bodo π
Kredit: Mazlan Mohamad
82 dilihat
1 komen
3
0
Sila log masuk untuk komen.