Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain

13 April 2025
“Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain.” Jack Ma pernah berkongsi satu nasihat yang cukup makan dalam, “Jangan terlalu cepat menceritakan rancangan kita kepada orang lain.” Ketika beliau masih muda, beliau sendiri sering teruja. Setiap kali muncul idea baru, beliau akan kongsikan kepada rakan-rakan. Mereka berbincang panjang, berangan besar. Dari memulakan perniagaan hinggalah mahu mengubah dunia. Namun selepas beberapa ketika, beliau mula sedar… semakin banyak dia bercerita, semakin banyak rancangannya terbantut. Apa yang sebenarnya berlaku? Apabila kita terlalu awal berkongsi impian, kita mengundang terlalu banyak pendapat. Ramai yang akan memberi nasihat, tetapi bukan semua nasihat datang dari pengalaman. Ada yang bercakap atas dasar ketakutan, ada juga yang secara tidak sedar memberikan keraguan dalam diri kita. Lebih bahaya, kadang-kadang kita rasa puas hanya dengan bercerita. Orang memuji, kita rasa seperti sudah berjaya padahal belum bermula apa-apa. Emosi itu boleh menipu kita. Kita jadi leka, dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk bertindak habis begitu sahaja dalam perbualan. Jack Ma memilih untuk diam. Dia simpan visinya. Dia fokus pada tindakan, bukan pada pengumuman. Mereka bekerja dalam senyap, makan mi segera, tidur di pejabat, tanpa gembar-gembur. Dan apabila Alibaba berjaya, ramai yang terkejut. “Bagaimana ini boleh terjadi?” Jack Ma hanya tersenyum. Benarlah katanya “Biar hasil yang berbicara.” Bukan semua orang akan faham impian kita. Bukan semua akan sokong. Dan bukan semua layak tahu. Jadi, simpanlah semangat itu untuk tindakan. Biar orang tahu setelah kita berjaya, bukan sebelum kita bermula. Kredit: Azam Ateh
Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain
“Biar hasil yang berbicara.”
170 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Orang tak peduli pun masa kita susah. Tggu kita senang baru orang nak pinjam duit. haha
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
10 Ogos 2026     0 komen     54 dilihat
📢 BANTUAN INFORMASI KUR BRI & QLOLA BY BRI Membutuhkan informasi dan panduan terkait KUR BRI atau QLola by BRI? Kami membantu memberikan informasi mengenai: ✅ Persyaratan dan persiapan dokumen ✅ Panduan pengajuan KUR ✅ Informasi layanan QLola ✅ Panduan penggunaan layanan 📱 WhatsApp: 085381102001 ⚠️ Pengajuan dan persetujuan KUR tetap mengikuti ketentuan serta proses […]
24 Mac 2025     0 komen     204 dilihat
Untuk menjadi seorang usahawan baru yang berjaya, anda perlu memahami beberapa aspek penting dalam dunia perniagaan. Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu: . 1️⃣ Minda Keusahawanan ✅ Mentaliti yang kuat – Keusahawanan memerlukan kesabaran, daya tahan, dan keberanian untuk menghadapi cabaran. ✅ Kesediaan untuk belajar – Anda perlu terus belajar tentang pasaran, strategi, dan […]
13 April 2025     1 komen     220 dilihat
Hari tu terjumpa video youtube podcast yang dibuat oleh Funnel Evo, saudara Fahdi Ghazali bersama dengan pengasas jenama terkenal suka Malaysia, iaitu Al-Ikhsan Sports. Dulu tertanya-tanya jugak siapa pengasasnya dan bagaimana jatuh bangun jenama ini menapak di Malaysia. Kali ni baru saya tahu kisahnya. Menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi. Boleh tonton sendiri podcast […]
Topik terbaru
Semalam     1 komen     5 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
30 September 2026     0 komen     17 dilihat
I’m very happy today for the help trusted Malaysia Hookup has rendered to me. I do not want to talk too much but all I can say is that they are reliable 💯 percent and legit. They gave me my sugar mummy details first before I make their registration fee payment of rm500. If you’re […]
22 September 2026     0 komen     30 dilihat
My name is Faizal Hafizan, I want to testify of this great sugar mummy agent Mrs zafirah. This great woman helped me to get connected with a rich Malay sugar mummy in Malaysia. I am so happy right now and my sugar mummy she so nice to me. please anyone who is need of sugar […]
Lain-lain topik
19 Mac 2025     1 komen     199 dilihat
IPO (Initial Public Offering) dalam bursa Malaysia adalah proses di mana sebuah syarikat swasta menjual sahamnya kepada orang awam untuk pertama kali di Bursa Malaysia. Ini membolehkan syarikat mengumpulkan dana daripada pelabur untuk membiayai pertumbuhan, membayar hutang, atau memenuhi keperluan perniagaan lain. Proses IPO di Bursa Malaysia: ▪ Persiapan & Penilaian — Syarikat menilai kelayakan […]
7 Mei 2026     0 komen     132 dilihat
Beli kereta ni memang nampak simple, tapi kalau tersilap langkah boleh jadi beban bertahun-tahun. Ramai orang excited sangat masa nak beli sampai lupa kira komitmen sebenar. Lagi-lagi bila tengok kereta cantik, terus rasa nak sign cepat-cepat. Sebenarnya, beli kereta kena plan elok supaya tak menyesal lepas beberapa bulan pakai. Kalau korang first time nak beli […]
18 April 2025     1 komen     200 dilihat
“Bos, Macam Mana Nak Bentuk Team Mantop?” Dulu… AbeMie lantik team ikut perasaan je. Asal nampak dia laju cakap, terus masuk team sales. Asal nampak rajin design, terus angkat jadi team konten. Asal nampak dia ikut kita dari zaman susah, terus bagi jawatan leader. Niat tu baik. Tapi banyak kali silap. Bila kerja tak jalan, […]
HabNiaga.com © 2026