Terma & Syarat Pakej Iklan Eksklusif 2026 (PIE2026)

1.0 Maklumat Umum

1.1 Nama Pakej - Pakej Iklan Eksklusif 2026 (PIE2026)

1.2 Tempoh Langganan - bermula dari tarikh pembelian sehingga 31 Disember 2026, atau 1 tahun dari tarikh pembelian, yang mana lebih lama.

1.3 Kelayakan Pengiklan -

  • Bisnes berdaftar (SSM/lesen tempatan) atau individu dengan servis jelas.
  • Satu kategori perniagaan bagi setiap negeri.

2.0 Skop Servis

2.1 HabNiaga membantu siapkan Profil Niaga ringkas.

2.2 Membantu menyiapkan dan menyiarkan sehingga 10 iklan berkualiti di platform HabNiaga.

2.3 Menyenaraikan pengiklan dalam Artikel “15 Pengiklan Pilihan 2026” mengikut kategori bisnes.

2.4 Menyediakan 5–10 ulasan dan bintang pada iklan (berdasarkan maklumat ulasan sedia ada pengiklan pada platform lain).

2.5 HabNiaga berhak menambah pautan dalaman, kata kunci dan elemen SEO untuk tingkatkan kualiti carian.

3.0 Bayaran & Polisi Pembatalan

3.1 Harga promosi dan harga biasa adalah seperti yang dinyatakan oleh pihak HabNiaga secara terus kepada pengguna. 

3.2 Bayaran penuh perlu dibuat sebelum proses pembinaan profil & iklan bermula.

3.3 Tiada bayaran balik selepas servis dimulakan.

3.4 Tempahan slot posisi boleh dibuat dalam tempoh 48 jam dengan bayaran deposit RM30.

3.5 Jika tempahan dibatalkan, atau tiada bayaran penuh dibuat selepas tempoh 48 jam, deposit TIDAK akan dikembalikan bagi menampung kos persediaan & teknikal awal.

3.6 Jika anda meneruskan tempahan, anda hanya perlu bayar baki selepas ditolak jumlah deposit RM30.

4.0 Tanggungjawab Pengiklan

4.1 Memberi maklumat bisnes yang tepat & terkini (nama syarikat, nombor telefon, lokasi, gambar, testimoni pelanggan sebenar jika ada).

4.2 Menyerahkan bahan iklan (gambar, teks, nombor telefon, logo) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pembayaran.

4.3 Memastikan bahan yang diberi tidak melanggar hak cipta, undang-undang, atau mengandungi kandungan lucah, sensitif, palsu, menipu atau berbahaya.

4.4 Menjaga keselamatan akses akaun HabNiaga (jika ada login). HabNiaga tidak bertanggungjawab atas pencerobohan akibat kecuaian pengiklan.

5.0 Hak HabNiaga

5.1 Berhak menolak atau menarik balik iklan yang melanggar undang-undang atau T&S tanpa bayaran balik.

5.2 Berhak membuat ubah suai kecil pada teks/grafik untuk tujuan kualiti dan kesesuaian SEO.

5.3 Berhak mengaudit semula iklan jika terdapat aduan, isu undang-undang atau perubahan polisi.

6.0 Prestasi & Trafik

6.1 HabNiaga tidak menjamin jumlah klik, trafik atau pelanggan.

6.2 Keberkesanan iklan bergantung pada kualiti produk, harga, servis pelanggan, trend pasaran dan faktor luar kawalan.

7.0 Perubahan Maklumat & Had Penyuntingan

7.1 Pengiklan boleh meminta perubahan kecil (cth: nombor telefon, alamat, promosi ringkas) maksimum 2 kali sepanjang tempoh langganan secara percuma.

7.2 Perubahan besar atau tambahan melebihi had boleh dikenakan caj suntingan tambahan.

8.0 Pembaharuan & Penamatan

8.1 Langganan tamat automatik selepas 12 bulan kecuali diperbaharui.

8.2 HabNiaga boleh menamatkan langganan jika pengiklan melanggar undang-undang, menipu pelanggan, atau merosakkan reputasi platform. Tiada bayaran balik dalam kes ini.

9.0 Perubahan Servis & Harga

9.1 HabNiaga berhak mengubah atau menambah baik ciri platform bila-bila masa tanpa menjejaskan servis yang sedang berjalan.

9.2 Harga pakej boleh berubah untuk pembelian baharu, tetapi tidak menjejaskan pembeli sedia ada.

10.0 Hak Penggunaan Bahan & Promosi

10.1 Pengiklan memberi lesen tidak eksklusif kepada HabNiaga untuk guna, ubah suai dan paparkan bahan promosi (logo, gambar, teks) di platform HabNiaga dan media sosial untuk tujuan pemasaran.

10.2 Pengiklan memberi kebenaran kepada HabNiaga menggunakan statistik agregat & maklumat promosi untuk tujuan laporan prestasi dan pemasaran platform.

11.0 Privasi & Data

11.1 Semua data pengiklan digunakan hanya untuk tujuan penyediaan servis pengiklanan.

11.2 HabNiaga tidak akan menjual atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.

12.0 Polisi Kandungan Terlarang

12.1 Pengiklan dilarang mengiklankan produk/servis haram, pelaburan tidak berlesen, skim cepat kaya, ubat tanpa kelulusan KKM, perjudian, kandungan lucah, atau sebarang bahan menipu pengguna.

12.2 HabNiaga boleh memadam atau menyekat iklan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang bayaran balik.

13.0 Kerosakan & Force Majeure

13.1 HabNiaga tidak bertanggungjawab atas kehilangan data, kerosakan server, serangan penggodam, atau gangguan teknikal luar jangka.

13.2 HabNiaga tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan servis akibat bencana alam, gangguan rangkaian, peperangan, rusuhan, atau faktor luar kawalan.

14.0 Penyelesaian Pertikaian & Undang-undang

14.1 Sebarang pertikaian akan diselesaikan secara baik terlebih dahulu.

14.2 Jika gagal, tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan mahkamah yang dipersetujui.

15.0 Polisi Perpindahan Milikan

15.1 Akaun dan iklan tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis dari HabNiaga.

16.0 Keutamaan & Susunan Iklan

16.1 HabNiaga berhak menentukan susunan paparan iklan mengikut strategi platform (algoritma, populariti, atau keutamaan tertentu).

17.0 Perubahan Strategi Promosi Platform

17.1 HabNiaga boleh mengubah cara promosi (contoh: strategi SEO, pemasaran media sosial, paparan laman utama) dari semasa ke semasa tanpa perlu notis awal, selagi tidak mengurangkan hak asas pengiklan.

18.0 Hak Menamatkan Perkhidmatan Pengguna Bermasalah

18.1 HabNiaga berhak menamatkan atau menggantung servis terhadap pengiklan yang melakukan penipuan, menjejaskan reputasi, mengganggu pengguna lain, atau melanggar undang-undang.

18.2 HabNiaga berhak menamatkan kontrak PIE2026 jika peserta didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan, tanpa memulangkan kembali bayaran yang telah dibuat.

19. Persetujuan Terma & Syarat

19.1 Jika anda telah membuat pembayaran penuh pakej, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat Pakej Iklan Eksklusif 2026 (PIE2026) ini.

Dikemaskini pada: 29 September 2025

HabNiaga.com © 2026