(Dikemaskini pada: 17 Ogos 2025)
Dokumen ini adalah perjanjian antara pihak Pengendali HabNiaga.com (selepas ini dirujuk sebagai “Pihak Pengurusan”) dan individu yang memohon serta diterima sebagai Ejen HabNiaga.com (selepas ini dirujuk sebagai “Ejen”).
Dengan mendaftar sebagai Ejen HabNiaga.com, anda bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat berikut:
1.1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
1.2. Mempunyai telefon pintar dan akses internet.
1.3. Boleh membaca, memahami, dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
1.4. Membayar yuran pendaftaran ejen seperti dinyatakan (termasuk caj lain, jika ada).
2.1. Mempromosikan dan memperkenalkan web HabNiaga.com kepada prospek ahli baru.
2.2. Memantau dan membantu ahli berdaftar supaya menggunakan web HabNiaga.com dengan cara yang betul.
2.2. Memberi penerangan tepat tentang HabNiaga.com tanpa mengelirukan atau membuat janji palsu.
2.3. Menjaga nama baik HabNiaga.com di semua platform.
2.4. Mengikuti latihan, bimbingan, atau arahan yang diberikan oleh Pihak Pengurusan.
3.1. Struktur komisen adalah seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Pihak Pengurusan dan boleh diubah dari masa ke masa.
3.2. Komisen akan dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan, tertakluk kepada rekod jualan yang sah.
3.3. Komisen hanya diberikan bagi jualan yang disahkan dan dibayar penuh oleh pelanggan.
3.4. Sebarang caj pemindahan bank atau e-wallet adalah tanggungjawab ejen.
4.1. Pihak Pengurusan boleh menawarkan bonus jualan, insentif, atau hadiah dari semasa ke semasa sebagai motivasi kepada ejen.
4.2. Kriteria kelayakan bonus akan ditetapkan secara rasmi oleh Pihak Pengurusan dan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi.
4.3. Bonus hanya akan diberikan setelah ejen memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan.
4.4. Sebarang ganjaran atau hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Pihak Pengurusan.
4.5. Pihak Pengurusan berhak mengubah atau membatalkan sebarang program ganjaran atau bonus tanpa notis awal.
5.1. Semua bahan promosi, logo, dan kandungan rasmi HabNiaga.com adalah hak milik Pihak Pengurusan.
5.2. Ejen dibenarkan mengguna bahan promosi rasmi untuk tujuan pemasaran HabNiaga.com sahaja.
5.3. Ejen tidak dibenarkan mengubah logo atau bahan promosi tanpa kebenaran bertulis.
5.4. Bahan promosi yang dibuat sendiri oleh ejen mestilah mendapat kelulusan Pihak Pengurusan jika terdapat identiti HabNiaga.com.
6.1. Ejen dilarang membuat kenyataan palsu, mengelirukan, atau melanggar undang-undang Malaysia.
6.2. Ejen dilarang melakukan spam atau menghantar mesej tanpa kebenaran penerima.
6.3. Ejen wajib menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan dan sistem HabNiaga.com.
7.1. Pihak Pengurusan berhak menamatkan status ejen jika berlaku:
7.2. Penamatan boleh dilakukan tanpa bayaran balik yuran pendaftaran.
7.3. Semua hak dan keistimewaan sebagai ejen akan ditarik balik selepas penamatan.
8.1. Pihak Pengurusan berhak mengubah, menambah, atau memadam mana-mana terma & syarat ini pada bila-bila masa.
8.2. Perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau saluran rasmi HabNiaga.com.
Dengan mendaftar sebagai Ejen HabNiaga.com, anda mengesahkan bahawa: