Terma & Syarat Wakil Jualan
KENAPA WAKIL JUALAN DIPERLUKAN?
HabNiaga.com menggunakan sistem Wakil jualan (‘Ejen’) bagi melancarkan proses pemasaran dan jualan.
Setiap Ejen adalah konsultan, di mana berperanan sebagai perantara dan perunding antara web HabNiaga.com dengan pengguna.
Dengan adanya Ejen, pengguna lebih mudah untuk menggunakan web ini kerana wakil jualan akan membantu menunjuk ajar cara menggunakan web ini dengan lebih berkesan supaya dapat memberi pulangan yang paling maksimum.
PENDAFTARAN
Setiap individu yang berminat untuk menjadi Ejen mestilah memohon jawatan Ejen dengan cara mengisi borang permohonan pada laman Ruangan Ejen di My Akaun.
Pendaftaran Ejen adalah terhad, hanya dibuka mengikut jumlah tertentu sahaja.
Setiap permohonan akan disemak terlebih dahulu sebelum diluluskan.
Pendaftaran yang berjaya akan membuka akses ke laman-laman Ejen pada laman My Akaun.
YURAN
Setiap pendaftaran Ejen akan dikenakan yuran. Status Ejen hanya akan diaktifkan setelah bayaran yuran selesai.
Pembayaran yuran boleh dibuat pada laman Ruangan Ejen setelah pendaftaran Ejen diluluskan.
Bayaran yuran tidak akan dikembalikan setelah selesai dibuat. Bayaran adalah termasuk yuran dan juga modul latihan ejen.
PERANAN EJEN
Ejen memainkan peranan penting dalam pemasaran dan jualan:
1) Mencari dan mempernalkan web ini kepada pengguna (sama ada pengiklan atau pembeli) untuk mendaftar sebagai ahli dan terus menggunakan laman web ini.
2) Membantu pengiklan mendaftar akaun dan membuat iklan yang terbaik untuk menaikkan kadar kepercayaan pengguna terhadap apa yang diiklankan.
3) Memantau dan memberi nasihat kepada semua ahli bawahan yang didaftarkan supaya iklan yang dibuat sentiasa berkualiti.
4) Membina jaringan rangkaian ejen bawahan bagi meluaskan lagi pemasaran dan seterusnya memaksimumkan pendapatan Ejen.
5) Membantu membina nama baik HabNiaga.com di mata pengguna bagi meningkatkan lagi kepercayaan dan keselesaan pengguna untukt terus menggunakan web ini.
6) Apa-apa aktiviti yang membantu meningkatkan jualan di web ini.
PANGKAT
Terdapat 3 pangkat Ejen:
1) Konsultan
2) Pemimpin
3) Duta
Setiap Ejen yang baru berdaftar akan mendapat pangkat Konsultan. Jika berjaya mencapai tahap yang ditetapkan, Ejen boleh memohon kenaikan pangkat di mana setiap pangkat mempunyai kelebihannya tersendiri.
Permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat pada laman Pangkat di Ruangan Ejen.
JUALAN
Jualan ialah apa jua transaksi yang dibuat oleh ahli bawahan Ejen berkenaan. Setiap transaksi seperti pembayaran pengaktifan iklan akan direkodkan sebagai jualan Ejen berkenaan. Rekod jualan boleh dilihat pada laman Jualan di Ruangan Ejen.
Setiap Ejen wajib membuat jualan minimum bagi mengekalkan status aktif sebagai Ejen. Kegagalan mencapai jualan minimum akan menyebabkan pihak Ibu Pejabat akan mempertimbangkan untuk menarik balik status aktif Ejen.
KOMISEN
Komisen ialah jumlah yang diberikan kepada Ejen berdasarkan jumlah jualan yang dibuat. Komisen akan direkodkan dan dipaparkan pada laman Komisen di Ruangan Ejen.
Pembayaran komisen akan dibuat bagi setiap 15 hari, terus ke akaun bank Ejen yang diisi pada laman Info Bank di Ruangan Ejen.
Setiap komisen hanya layak untuk diterima jika berjaya mencapai jualan minimum yang ditetapkan sahaja.
GANJARAN DAN BONUS
Pihak Ibu Pejabat menyediakan ganjaran dan bonus bagi setiap pencapaian yang dibuat oleh Ejen. Setiap pangkat akan diberikan ganjaran dan bonus yang berbeza. Lebih tinggi pangkat, lebih menarik ganjaran dan bonus akan diberikan.
Ganjaran dan bonus yang diberikan tidak boleh ditukar dengan wang.
Setiap ganjaran dan bonus tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Sila rujukan pada laman Ganjaran dan Bonus di Ruangan Ejen.
ARTIKEL
Setiap Ejen wajib menulis artikel untuk diterbitkan di web ini. Jumlah artikel yang ditulis akan dimasukkan dalam rekod pencapaian Ejen untuk melayakkan pemohonan naik pangkat.
Tujuan artikel ini adalah untuk menaikkan imej Ejen yang menulis, seterusnya menaikkan kepercayaan pengguna terhadap Ejen berkenaan.
Di samping itu, artikel ini juga membantu menaikkan kadar kemunculan di enjin carian Google, seterusnya akan memudahkan Ejen untuk mendapatkan pelanggan web.
Artikel yang ditulis mestilah dihantar dan akan disemak dan diedit (jika perlu) oleh pihak Ibu Pejabat terlebih dahulu sebelum diterbitkan di web ini.
Penulisan artikel mestilah asli, tidak salin dan tampal dari artikel orang lain, dan tidak dibuat menggunakan AI.
Syarat artikel boleh dirujuk pada laman Artikel di Ruangan Ejen.
LATIHAN
Setiap Ejen akan diberikan latihan berterusan oleh pihak Ibu Pejabat. Latihan yang diberikan akan membantu Ejen untuk membuat pemasaran dan jualan dengan lebih tepat.
Latihan akan dibuat sama ada secara dalam talian atau luar talian, bergantung kepada keperluan dan permintaan. Ejen wajib menghadiri sesi latihan yang ditetapkan bagi melayakkan permohonan kenaikan pangkat.
Maklumat latihan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PENAMATAN
Status Ejen akan ditamatkan sekiranya:
1) Ejen gagal mencapai jualan minimum dalam tempoh 3 bulan berturut-turut. Namun, peluang kedua akan diberikan jika perlu.
2) Melanggar sebarang terma dan syarat yang ditetapkan yang membawa kepada masalah serius.
3) Merosakkan nama baik HabNiaga.com yang boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
4) Melanggar sesuatu yang melibatkan undang-undang negara Malaysia yang membawa kepada masalah yang lebih serius.
Status Ejen yang ditamatkan menyebabkan Ejen tidak lagi boleh menerima sebarang komisen jualan dan tidak boleh mendaftar ahli baru.
Sebarang penamatan status Ejen boleh dibuat rayuan semula, tetapi keputusan rayuan bergantung kepada budi bicara pihak Ibu Pejabat.
PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
Terma dan syarat ini boleh berubah dari semasa ke semasa.
Dikemaskini: 21 April 2024