Nak beli kereta, apa benda kena ambil kira?

6 Mei 2026
Nak beli kereta ni sebenarnya bukan sekadar tengok design lawa, masuk duduk rasa best, terus decide nak ambik. Ramai orang tersilap kat sini sebab ikut emosi dulu, baru fikir logik kemudian. Padahal kereta ni komitmen jangka panjang, bukan pakai setahun dua dah settle. First sekali, korang kena jelas tujuan beli kereta tu. Nak guna pergi kerja je ke, nak buat Grab ke, atau nak family use? Kalau setakat ulang-alik kerja dalam bandar, tak perlu pun ambik kereta besar-besar. Kadang kereta kecil lagi jimat minyak, senang parking, kurang stress. Tapi kalau selalu travel jauh atau ada anak ramai, memang kena fikir ruang dan keselesaan. Lepas tu, part paling ramai orang buat silap - kemampuan kewangan. Jangan tengok harga kereta je, tapi tengok full commitment bulanan. Loan, insurans, roadtax, minyak, servis semua kena kira. Kalau setiap bulan bayar kereta sampai rasa sesak nafas, itu bukan bijak, itu menyusahkan diri sendiri. Simple je, kalau ansuran tu buat korang rasa tenang, maksudnya masih dalam kemampuan. Kalau tiap bulan risau cukup tak cukup, itu dah warning sign. Selain tu, korang kena ambil kira juga depreciation. Kereta ni bukan aset yang naik harga, kebanyakannya turun value dari hari pertama keluar showroom. Jadi jangan beli semata-mata nak nampak “wow” depan orang. Realitinya, lepas beberapa tahun nilai dia jatuh banyak, tapi korang masih kena bayar loan. Satu lagi benda penting, jangan lupa test drive. Kadang nampak cantik luar, tapi bila drive rasa tak selesa, pickup lembab, atau steering tak sedap. Kereta ni benda yang korang akan guna hari-hari, so feeling masa drive tu memang penting. Last sekali, jangan rushing. Ambik masa compare model, survey interest rate, tanya banyak soalan. Salesman memang nak close deal cepat, tapi korang yang akan tanggung bayaran bertahun-tahun. So better slow sikit tapi buat keputusan yang betul. Pendek kata, beli kereta ni bukan soal mampu beli je, tapi mampu tanggung. Kalau korang faham benda ni dari awal, memang banyak masalah boleh elak. Puan Eima SA Perodua https://peroduacepat.com
98 dilihat 0 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Lagi topik berkaitan
7 Mei 2026     0 komen     85 dilihat
Ramai orang excited nak beli kereta sampai terlupa kira komitmen lain. Last-last hujung bulan stress sebab duit asyik tak cukup. Sebenarnya beli kereta ni bukan setakat tengok mampu bayar bulanan je, tapi kena fikir sekali minyak, servis, tol, insurans dan lifestyle harian korang. Kalau salah kira, memang boleh ganggu komitmen lain macam rumah, anak, simpanan […]
7 Mei 2026     0 komen     130 dilihat
Bila korang dah booking kereta, ramai ingat terus tunggu dapat kunci je. Sebenarnya ada beberapa proses penting berlaku lepas tu. Kalau korang faham step ni awal-awal, memang lagi tenang sebab tahu apa yang sedang berjalan. Lagi-lagi kalau first time beli kereta, mesti rasa excited campur nervous sikit kan. 1. Sales advisor akan submit dokumen loan […]
7 Mei 2026     0 komen     233 dilihat
Bila korang survey nak beli kereta, mesti selalu nampak perkataan “OTR Price” kan? Ramai ingat itu harga basic kereta je, padahal bukan. OTR sebenarnya bermaksud “On The Road”, iaitu harga penuh kereta yang dah boleh terus bawak keluar atas jalan lepas beli. Maksud mudahnya, harga OTR ni dah termasuk beberapa kos penting yang memang wajib […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     36 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     75 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     94 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
22 April 2025     1 komen     264 dilihat
Mereka pernah tinggal bawah LRT demi untuk survive hidup ini. Bila perniagaan masing-masing gagal, Karim Atan (gambar) dan Mohamad Hassan hidup terumbang ambing. Pada tahun 2008 mereka bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadangkan mereka berniaga kuih putu bamboo. Ini kerana Karim pernah belajar resepinya dari […]
23 Mac 2025     2 komen     252 dilihat
Jan Koum, pengasas WhatsApp, adalah satu lagi contoh bagaimana seseorang boleh bangkit dari kesusahan dan menjadi jutawan melalui usaha dan keazaman. 🥇 Belakang Kehidupan Jan Koum dilahirkan pada tahun 1976 di sebuah perkampungan kecil di Ukraine yang ketika itu masih di bawah pemerintahan Soviet Union. Kehidupan di sana sangat susah, dan keluarganya hidup dalam keadaan […]
19 Mac 2025     1 komen     223 dilihat
Tips kewangan paling ampuh | Hidup dan berbelanja di bawah kemampuan sebenar. ▪ Beli kereta second hand, walaupun mampu beli kereta baru. ▪ Beli Bezza, walaupun mampu beli Honda. ▪ Beli Honda, walaupun mampu beli Mustang. ▪ Beli Alza, walaupun mampu beli Estima. ▪ Beli Estima, walaupun mampu beli Alphard. ▪ Recylce baju raya, walaupun […]
HabNiaga.com © 2026