Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain

13 April 2025
“Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain.” Jack Ma pernah berkongsi satu nasihat yang cukup makan dalam, “Jangan terlalu cepat menceritakan rancangan kita kepada orang lain.” Ketika beliau masih muda, beliau sendiri sering teruja. Setiap kali muncul idea baru, beliau akan kongsikan kepada rakan-rakan. Mereka berbincang panjang, berangan besar. Dari memulakan perniagaan hinggalah mahu mengubah dunia. Namun selepas beberapa ketika, beliau mula sedar… semakin banyak dia bercerita, semakin banyak rancangannya terbantut. Apa yang sebenarnya berlaku? Apabila kita terlalu awal berkongsi impian, kita mengundang terlalu banyak pendapat. Ramai yang akan memberi nasihat, tetapi bukan semua nasihat datang dari pengalaman. Ada yang bercakap atas dasar ketakutan, ada juga yang secara tidak sedar memberikan keraguan dalam diri kita. Lebih bahaya, kadang-kadang kita rasa puas hanya dengan bercerita. Orang memuji, kita rasa seperti sudah berjaya padahal belum bermula apa-apa. Emosi itu boleh menipu kita. Kita jadi leka, dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk bertindak habis begitu sahaja dalam perbualan. Jack Ma memilih untuk diam. Dia simpan visinya. Dia fokus pada tindakan, bukan pada pengumuman. Mereka bekerja dalam senyap, makan mi segera, tidur di pejabat, tanpa gembar-gembur. Dan apabila Alibaba berjaya, ramai yang terkejut. “Bagaimana ini boleh terjadi?” Jack Ma hanya tersenyum. Benarlah katanya “Biar hasil yang berbicara.” Bukan semua orang akan faham impian kita. Bukan semua akan sokong. Dan bukan semua layak tahu. Jadi, simpanlah semangat itu untuk tindakan. Biar orang tahu setelah kita berjaya, bukan sebelum kita bermula. Kredit: Azam Ateh
Jangan kongsi rancangan kita kepada orang lain
“Biar hasil yang berbicara.”
86 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Orang tak peduli pun masa kita susah. Tggu kita senang baru orang nak pinjam duit. haha
11 bulan lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
24 Mac 2025     1 komen     188 dilihat
Pilihan antara makan gaji dan berniaga bergantung kepada matlamat hidup, tahap kesediaan, dan personaliti seseorang. Berikut adalah perbandingan kedua-duanya: 👨‍💼 Makan Gaji (Bekerja untuk Majikan) ✅ Kelebihan: ➜ Pendapatan stabil – Setiap bulan dapat gaji tetap. ➜ Manfaat pekerjaan – Seperti KWSP, SOCSO, insurans, cuti tahunan, dan faedah perubatan. ➜ Kurang risiko – Tidak perlu […]
13 April 2025     1 komen     97 dilihat
Jack Ma, towkey Alibaba, ada bercerita, masa zaman awal tubuhkan Alibaba, beliau sentiasa ‘struggle’ untuk cari duit untuk makan. Acapkali bila beliau hendak bayar makanannya, pemilik restoran akan beritahu ada orang sudah bayarkan. Ada antara pelanggan tersebut turut tinggalkan nota yang berbunyi; “Saya salah seorang peniaga yang guna Alibaba dan (kerananya) saya kini sudah kaya. […]
11 April 2025     2 komen     117 dilihat
Saya terjumpa satu post FB yang ditulis oleh Fadzli Nasir berkaitan ulasannya kenapa 90% bisnes gagal dalam 3 tahun pertama. Menarik tulisan ni. Jadi saya repost kat sini balik. Berikut adalah postnya: Sekarang Baru Aku Faham Kenapa Ramai Bisnes Owner Dan Marketer 90% Fail 3 tahun pertama bisnes Ramai marketer bila dah dapat result untuk […]
Topik terbaru
3 Jun 2025     0 komen     76 dilihat
Apa sebab masih guna wordpress utk buat salespage sedangkan dah ada yg dah lengkap seperti onpay.my dan bcl.my? _______________ Walaupun Onpay.my dan BCL.my menawarkan sistem lengkap untuk jualan, masih ramai yang memilih WordPress untuk bina salespage mereka. Ini bukan soal ikut trend semata-mata, tetapi lebih kepada kawalan, fleksibiliti dan kos jangka panjang. . 1. Kebebasan […]
2 Jun 2025     0 komen     74 dilihat
Kutipan 11 hari dah 34 juta . Dah potong Ejen Ali The Movie 1 dulu yang berjaya kutip 30 juta pada tahun 2019 dulu. Masa tu dah kira berjaya dah tu . Rasanya dengan cuti sekolah masih panjang ni, target kutipan 60 juta berjaya diperoleh kot . Saya rasa dngan hype skrg boleh cecah 80m! […]
2 Jun 2025     0 komen     64 dilihat
🚨 Senarai AI yang mungkin boleh bantu kerja anda jadi lebih cepat. Simpan siap² untuk rujukan akan datang: 1. chatgpt.com – Dapatkan jawapan serta-merta untuk apa saja soalan. https://chatgpt.com 2. pika.art – Cipta video menggunakan AI, cepat dan kreatif. https://pika.art 3. krea.ai – Reka logo profesional dalam sekelip mata. https://krea.ai 4. fliki.ai – Tambah voiceover […]
Lain-lain topik
14 April 2025     1 komen     131 dilihat
Untuk korang yang nak travel, ni info penting pasal power bank yang kena tahu: ⚡ Saiz Power Bank yang Dibenarkan 1️⃣ 100 Wh dan ke bawah (lebih kurang 20,000 mAh) ✔ Boleh bawa masuk kabin, tak perlu minta kebenaran. 2️⃣ 101 – 160 Wh (±20,001 – 32,000 mAh) ✔ Masih boleh bawa, tapi kena minta […]
19 Mac 2025     2 komen     185 dilihat
5 Tips Beli Tanah Kebun Supaya Tak Rugi & Kena Scam! 🌿🏡 Beli tanah kebun ni memang satu pelaburan bijak, tapi kalau tersilap langkah, boleh jadi mimpi ngeri! 😱 Sebelum buat keputusan, ini 5 tips penting yang korang kena tahu: 1️⃣ Semak Status Tanah 📜 ✔ Pastikan geran tanah sah dan bukan tanah rizab atau […]
24 Mac 2025     1 komen     221 dilihat
​Berikut adalah senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi Tahun Taksiran 2024 yang boleh dituntut semasa pengisian e-Filing pada tahun 2025:​ 1. Pelepasan Individu dan Tanggungan: ➜ Individu dan saudara tanggungan: RM9,000​ ➜ Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000​ ➜ Individu kurang upaya: RM6,000​ ➜ Suami atau isteri kurang upaya: RM5,000​ ➜ Yuran pengajian (diri sendiri): RM7,000​ […]