Kajian: Bumiputra berbelanja RM109 bilion sebulan

22 April 2025
Menurut satu kajian laporan belanja isirumah, Bumiputera berbelanja sejumlah RM109billion sebulan manakala kaum Cina RM47billion sebulan dan India RN12.2billion sebulan. Bermakna bahawa Bumiputera menyumbang 65% kepada kekuatan ekonomi pengguna negara. Anehnya ekonomi Bumiputera masih tercorot ke belakang. Ertinya kaum Bumiputera menghabiskan duit mereka kepada kedai dan barangan orang lain bukan kepada kaum mereka sendiri. Tidak hairan kedai2 hari ini menggunakan orang Melayu dan Bumiputera sbg duta atau ejen pemasaran mereka. Banyak juga barangan yang dibuat oleh bangsa lain tetapi dijenamakan dengan jenama Melayu atau “islamik” semata2 kerana mahu menarik pembeli Melayu. Cuba bayangkan jika sekiranya jumlah sedemikian banyak disalurkan kepada kedai2 Bumiputera/Melayu, berapa ratus billionaire Melayu yg boleh dilahirkan!!! Berapa ramai usahawan Melayu pulak yg boleh dilahirkan dan ribuan anak2 muda Melayu yg boleh mendapat pekerjaan. Ini satu contoh pandangan yg simple dan mudah difahami. Tak payah berbelit2 dengan pelbagai formula. Orang Melayu dan Bumiputera kena ubah mentaliti mereka dan melihat ini satu peluang bagi meningkatkan ekonomi mereka tanpa peru banyak sokongan dari kerajaan. Beli di kedai dan barangan muslim. Simple je kan? Tetapi kenapa orang Melayu masih tidak mahu membeli barangan muslim? Kerana mereka nak mudah, malas berfikir, nak barangan yg lebih murah walaupun perbezaan itu hanya 10sen. Yg lebih aneh ia berlaku bukan dikalangan orang biasa sahaja tetapi berlaku kepada institusi agama dan orang agama. Walaupun hadith dan ayat al quran itu cair di bibir mereka namun dalam praktis kehidupan mereka masih mencari barangan “orang lain”. Tidak ada perasaan utk buat sedikit usaha “jihad” dengan membeli barangan dan kedai muslim. Renungkan lah!!! Kredit: Aminuddin Yahaya
Kajian: Bumiputra berbelanja RM109 bilion sebulan
262 dilihat 1 komen
0
Sila log masuk untuk komen.
Dulu wujud usaha BMF. Tapi orang Melayu juga yang ramai menentang. Diakui BMF tak mampu nak naikkan ekonomi orang Melayu kerana bisnes berkait sentimen takkan kekal lama. Tetapi sayang, sepatutnya usaha ini disokong semua orang Melayu, bukannya memperlekehkannya. Jika ada kekurangan, sama-sama perbetulkan. Tapi tu lah kan...
1 tahun lalu Balas
0
Itulah masalah org Melayu. Susah utk bersatu.
1 tahun lalu Balas
0
Lagi topik berkaitan
22 April 2025     0 komen     178 dilihat
Cari Staff melalui FB Ads lebih mudah dari bayar agensi seperti Jobstreet, MauKerja, Indeed etc. Saya biasa bayar salah satu agensi untuk cari staff. Tak murah, ratus ringgit gak la. Tapi kualiti candidate tak seberapa seperti yang saya perlukan. Kemudian saya run iklan di FB untuk cari staff, baru run FB ADs RM60, berpuluh resume […]
22 April 2025     1 komen     264 dilihat
Mereka pernah tinggal bawah LRT demi untuk survive hidup ini. Bila perniagaan masing-masing gagal, Karim Atan (gambar) dan Mohamad Hassan hidup terumbang ambing. Pada tahun 2008 mereka bertemu tanpa dirancang. Karim Atan dan Mohamad Hassan bertemu di sebuah gerai makan dan Karim cadangkan mereka berniaga kuih putu bamboo. Ini kerana Karim pernah belajar resepinya dari […]
27 April 2025     2 komen     228 dilihat
“Kalau Nak Team Jalan, Jangan Cakap Ikut Kepala Kita Je.” Dulu AbeMie fikir… Asal bagi arahan jelas, semua orang mesti faham. Asal buat meeting power, semua orang mesti semangat. Tapi pelik… Ada yang faham tapi tak gerak. Ada yang gerak tapi tak ikut flow. Ada yang blur walau dah explain 3 kali. Rupanya… cara kita […]
Topik terbaru
5 Oktober 2026     1 komen     36 dilihat
Salam semua, saya nak kongsi pengalaman guna alat AI untuk hasilkan gambar produk bagi bisnes online kecil-kecilan. Ramai peniaga kecil di Malaysia ada masalah sama: gambar produk tak cantik, kos jurugambar mahal, dan nak buat banner promosi setiap minggu makan masa. Sejak beberapa bulan ni saya cuba guna penjana gambar AI, dan hasilnya agak membantu […]
19 September 2026     1 komen     75 dilihat
Saya jual barang terpakai di Shopee dan kadang-kadang Facebook Marketplace. Masalah paling kerap: foto diambil cepat di ruang tamu, ada bayang kipas, nombor plat kereta nampak di belakang, dan baju pembeli yang lepas pinjam masih dalam frame. Photoshop terlalu berat untuk tiga gambar sehari. Lightroom pula saya lupa setting setiap kali buka. Apa yang saya […]
7 Mei 2026     0 komen     94 dilihat
Ramai sebenarnya peniaga online boleh apply loan, tak kisah la korang jual barang kat TikTok Shop, Shopee, Facebook atau buat bisnes sendiri. Cuma bezanya, proses dia kadang-kadang lebih detail sikit berbanding orang makan gaji sebab bank nak tengok bukti income korang konsisten atau tak. Biasanya benda paling penting bank nak tengok ialah aliran duit masuk. […]
Lain-lain topik
23 April 2025     1 komen     189 dilihat
Mulai bulan 7 (Julai) 2025, penggunaan e-Invoice akan diwajibkan kepada semua usahawan di Malaysia tanpa mengira saiz bisnes. Bawah ni 10 persediaan untuk guna e-invoice 👇 . 1. Faham Apa Itu e-Invoice • e-Invoice ialah invois elektronik yang dilaporkan dan disahkan kepada LHDN secara masa nyata. • Semua jenis transaksi perniagaan termasuk B2B, B2C, dan […]
21 Mac 2025     4 komen     330 dilihat
Sama ada mahu sewa atau beli rumah, ia bergantung kepada keadaan kewangan, gaya hidup, dan matlamat jangka panjang anda. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan kedua-duanya supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak. 1. Sewa Rumah ✅ Kelebihan: ➜ Kos permulaan lebih rendah – Tidak perlu membayar deposit besar seperti membeli rumah. Biasanya hanya […]
4 Mei 2025     0 komen     263 dilihat
“Kenapa orang berjaya terus berjaya dan kenapa orang biasa susah nak berjaya.” Ini antara sebabnya: . 🎯 1. Fokus dan berdisiplin Orang berjaya ni fokus bila buat sesuatu, dan bila dia buat sesuatu dia buat dengan bersungguh-sungguh buat dengan penuh disiplin, tepati segalanya dan bukan separuh jalan, rasa down dan terus berhenti. Jangan berhenti kalau […]
HabNiaga.com © 2026