Punca mesej pemasaran syok sendiri
Ini punca sebenar kenapa mesej iklan dan mesej content anda ‘syok sendiri’ — walaupun poster dah cantik, caption dah power.
Kita selalu rasa iklan atau content kita dah cukup bagus.
Poster elok, design cantik.
Video pun ada hook power.
Tapi kenapa…
Masih krik-krik dan tak convert sales?
Jawapannya bukan sebab design atau video tu tak cukup lawa.
Tapi sebab mesej yang kita letak tak sharp shoot emosi pelanggan.
Kenapa tak sharp shoot?
Sebab kita sendiri pun tak kenal siapa yang kita tengah bercakap dalam iklan tu.
Bila tak kenal, kita tak tahu :
• Apa yang trigger dia nak beli?
• Apa yang buat dia tekan butang share?
• Apa sebenarnya yang dia tengah struggle?
• Apa harapan sebenar ada dalam kepala dia?
• Dan banyak lagi.
⸻
INI 3 PERKARA PENTING PERLU TAHU SEBELUM BUAT IKLAN ATAU CONTENT
1. Psychological Trigger
Contoh:
Puan Suraya ni suka jadi antara mak yang beli awal sebab dia nak elak stress dan nak cikgu hargai anak dia.
Bila kita tahu tentang ini… kita terus dapat idea nak letak ayat macam mana,
Dalam poster :
“Mak, cikgu puji hadiah hari guru mama bagi tu.”
Mesej simple, tapi menyentuh emosi sebenar seorang ibu yang rasa dia dah buat yang terbaik sebagai seorang ibu, untuk anaknya dan guru anaknya.
Dalam video:
→ Opening boleh mula dengan:
“Tahun lepas saya beli last minit Hadiah Hari Guru, anak sedih tiap tahun bagi hadiah sama je"
→ Ending:
“Tahun ni saya nak ibu yang bersedia awal — biar anak saya happy saya usaha terbaik hargai guru yang dia sayang”
⸻
2. Buying Trigger
Contoh :
Bila nampak testimoni mak lain share, cantiknya hadiah bila siap digubah, design lain dari lain — dia terus beli.
Bila kita tahu tentang ini… terus dapat idea poster macam mana nak buat :
Poster ada :
• Gubahan hadiah yang cantik dan presentable.
• Nampak jelas hadiah dengan wording “Terima Kasih Cikgu”
• Kata-kata lega mak lain masalah dah settle (walau satu baris je)
Video ada :
• DIY jambangan bunga dengan kipas guru
• Masuk footage guru suprised dapat hadiah
• Tambah reaksi anak balik sekolah dengan happy dan peluk mak, ucap terima kasih.
⸻
3. Emotional Hook
Contoh:
Dia bangga bila cikgu puji hadiah anak dia. Dia tak sabar nak tengok reaksi anak dia.
Bila kita tahu tentang yang ini, terus dapat idea nak buat ayat copywriting macam mana.
Dalam copywriting:
→ “Cikgu tak henti puji hadiah tu… Anak saya senyum sepanjang harini.”
Boleh gunakan ayat yang sama jadikan headline poster atau hook video.
⸻
Bayangkan jika kita tak buat pre-marketing, kita akan:
❌ Hasilkan mesej ikut rasa, bukan ikut perasaan sebenar pelanggan
❌ Tak tahu nak letak ayat apa yang betul-betul kena
❌ Poster nampak cantik, tapi tak menyentuh emosi
❌ Video nampak wow, tapi tak buatkan orang nak beli
❌ Copywriting sedap baca, tapi tak trigger orang nak beli sekarang
⸻
Hasilkan mesej iklan yang build buying intention, bukan sekadar get attention.
Ramai orang kejar views, likes, clicks.
Tapi lupa — benda yang paling penting adalah:
“Customer terus rasa nak beli sekarang ke?”
Dan benda tu… hanya berlaku bila mesej kita kena tepat pada emosi dia.
Dan bagaimana nak kena tepat pada emosi, syaratnya kita dulu kena faham emosi mereka.
⸻
Tapi kalau anda rasa susah nak fikir semua ni sendiri…
Jangan risau, zamam sekarang dah mudah berganda.
Saya sendiri guna GPT Assistant — yang dah di-educate siap-siap supaya dapat hasilkan output macam dalam gambar biru posting ni.
Tengok betapa power output dari GPT Assistant ni tanpa saya pandai prompt pun.
Walaupun saya tak pandai prompt, GPT Assistant ni dah bantu saya :
• Faham siapa customer cik
• Tahu apa yang trigger emosi pelanggan
• Tahu apa yang trigger pelanggan membeli
Bukan tu je, lagi wow tu, untuk output macam dalam gambar biru tu, saya pakai chatgpt free je je.
Cara guna dia sangat-sangat mudah, tak payah belajar prompt, semua dah ada guideline cara guna.
Tinggal anda kena tahu tentang produk anda sahaja, then serahkan yang lain pada GPT Assistant yang buatkan.
Kredit: Syima Ariffin
91 dilihat
1 komen
2
0









