Kenapa Ramai Beli Perodua Untuk Keluarga

Ramai sebenarnya pilih Perodua untuk kereta keluarga sebab jenama ni memang terkenal dgn kos jaga yang rendah dan praktikal utk kegunaan harian. Saya sendiri dah hampir 10 tahun handle customer Perodua, dan kebanyakan yg datang beli bukan sebab nak nampak mewah semata-mata, tapi sebab nak kereta yg senang pakai, jimat, dan sesuai utk keluarga.

1. Jimat minyak & kos maintain rendah

Ini antara sebab paling besar kenapa ramai family pilih Perodua. Bila dah ada anak, komitmen memang banyak. Nak bayar rumah, sekolah, barang dapur lagi. Jadi kereta yg jimat minyak memang sangat membantu. Spare part Perodua pun senang cari dan harga servis masih reasonable. Sebab tu ramai rasa lebih tenang guna harian.

2. Ruang dalam kereta selesa utk family

Model macam Alza atau Aruz memang famous utk family sebab ruang besar. Nak bawa anak, stroller, barang shopping, semua boleh masuk. Malah yg guna Myvi pun ramai sebab ruang dalam dia agak luas utk kereta hatchback. Kadang tengok luar macam compact, tapi bila duduk dalam memang selesa.

3. Mudah nak dapat loan

Tak dinafikan, ramai first time buyer lebih mudah lepas loan bila ambil Perodua sebab harga masih dalam range mampu milik. Ansuran bulanan pun tak terlalu berat. Jadi ramai pasangan muda atau yg baru mula kerja akan pilih Perodua sebagai kereta pertama family dorang.

4. Senang dipandu & sesuai utk harian

Ramai ibu-ibu suka sebab kereta Perodua ni ringan dan senang handle. Nak parking, nak masuk simpang, nak drive dalam bandar pun rasa smooth. Bila dah biasa guna hari-hari, memang rasa praktikal sangat.

5. Nilai resale masih cantik

Ini pun point penting yg ramai fikir. Bila korang beli kereta, bukan setakat fikir pakai sekarang je. Ramai juga fikir nilai masa nak tukar kereta nanti. Perodua antara jenama yg resale value dia masih kuat kat Malaysia. Sebab demand sentiasa ada.

Bila sembang dgn customer saya sendiri, kebanyakan dorang cakap benda yg sama… dorang nak kereta yg “tak banyak masalah” dan sesuai utk kegunaan family jangka panjang. Sebab tu sampai sekarang Perodua masih jadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Kadang bukan sebab nak paling mewah, tapi sebab nak hidup lebih tenang.

Puan Eima merupkan Ejen Jualan (SA) Perodua yang sah, mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan kereta Perodua.
Jika anda mahu dapatkan kereta Perodua baru, boleh hubungi beliau melalu laman web berikut:
peroduawangsamaju.com peroduacepat.com

Jika anda sedang mencari kereta yang sesuai untuk dimiliki, boleh dapatkan kereta idaman anda dalam senarai kereta.

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Ramai orang beli kereta sebab nampak cantik atau trend semata-mata, tapi sebenarnya benda paling penting ialah kena tengok gaya hidup sendiri.
Apa Itu Interest Rate?

Apa Itu Interest Rate?

Boleh dikatakan ramai pembeli kereta pertama kurang jelas tentang interest rate. Akibatnya, mereka hanya fokus pada bayaran bulanan tanpa sedar jumlah sebenar yang mereka bayar jauh lebih tinggi.
Tips Membeli Kereta Baru: Panduan Lengkap untuk Pembeli

Tips Membeli Kereta Baru: Panduan Lengkap untuk Pembeli

Membeli kereta baru adalah keputusan besar yang memerlukan pertimbangan teliti. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, penting untuk mengetahui faktor-faktor utama sebelum membuat pembelian. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu…
HabNiaga.com © 2026