Tips Beli Kereta Pertama

Sebagai seorang sales advisor yang sudah lebih 10 tahun membantu pelanggan memiliki kereta pertama mereka, saya boleh katakan satu perkara - ramai orang terlalu fokus pada “nak kereta apa”, tetapi lupa fikir “mampu atau tidak jaga kereta itu nanti”.

Beli kereta bukan sekadar bayar deposit dan bawa balik kunci. Ia adalah komitmen bulanan yang akan ikut kita selama 5 hingga 9 tahun. Sebab itu, kalau tersalah langkah dari awal, ramai yang akhirnya rasa terbeban.

Dalam artikel ini, saya kongsikan panduan lengkap supaya anda boleh buat keputusan yang lebih bijak dan tenang.

Fahamkan Kemampuan Kewangan Anda Dulu

Perkara pertama yang saya akan tanya pelanggan ialah, “Berapa bajet bulanan yang selesa, bukan yang maksimum?”

Ramai orang buat silap dengan kira kelayakan loan maksimum daripada bank, kemudian terus pilih kereta paling mahal yang mereka boleh lulus. Hakikatnya, bank hanya kira kelayakan berdasarkan angka, bukan gaya hidup anda.

Kalau gaji RM2,500, dan bank lulus komitmen RM700 sebulan, itu tidak bermaksud anda perlu ambil ansuran RM700.

Saya selalu sarankan, ambil komitmen sekitar 15% hingga 20% sahaja daripada gaji bulanan. Ini bagi memastikan anda masih ada ruang untuk simpanan, kecemasan, dan perbelanjaan lain.

Tentukan Tujuan Anda Beli Kereta

Kereta pertama sepatutnya memenuhi keperluan, bukan semata-mata kehendak atau gaya.

Ada pelanggan yang baru kerja, tetapi terus nak ambil kereta besar seperti Perodua Alza atau SUV. Sedangkan penggunaan harian hanya ulang-alik kerja seorang diri.

Kalau tujuan anda hanya untuk pergi kerja dan kegunaan asas, model seperti Perodua Axia atau Perodua Bezza sudah lebih daripada mencukupi.

Sebaliknya, kalau anda memang ada keluarga atau selalu travel jauh, barulah pertimbangkan model lebih besar seperti Perodua Myvi atau Perodua Aruz.

Pilihan kereta yang betul bergantung pada gaya hidup anda, bukan trend semasa.

Jangan Abaikan Kos Tersembunyi

Ramai pembeli pertama hanya nampak ansuran bulanan. Tetapi sebenarnya, ada beberapa kos lain yang perlu diambil kira setiap bulan.

Antaranya ialah minyak, tol, servis berkala, insurans dan cukai jalan. Semua ini bila dicampur, boleh jadi satu jumlah yang besar juga.

Sebagai contoh, kereta lebih besar biasanya guna minyak lebih banyak dan kos servis lebih tinggi. Jadi walaupun ansuran nampak hampir sama, kos keseluruhan sebenarnya jauh berbeza.

Pilih Tempoh Loan Dengan Bijak

Tempoh pinjaman juga memainkan peranan penting dalam kewangan anda.

Ramai pilih loan 9 tahun sebab ansuran lebih rendah. Memang betul, tetapi anda akan bayar lebih banyak faedah dalam jangka masa panjang.

Kalau mampu, saya cadangkan ambil tempoh 5 hingga 7 tahun. Walaupun ansuran sedikit tinggi, anda akan habis bayar lebih cepat dan jimat ribuan ringgit.

Kepentingan Downpayment

Kalau anda ada simpanan, cuba letakkan downpayment yang lebih tinggi.

Ini akan membantu mengurangkan jumlah pinjaman, sekaligus menurunkan ansuran bulanan dan faedah keseluruhan.

Ramai pembeli muda terlalu fokus nak “zero deposit”, tetapi sebenarnya mereka sedang memanjangkan beban kewangan sendiri.

Pilih Ejen Yang Boleh Bimbing, Bukan Sekadar Jual

Sepanjang pengalaman saya, pelanggan yang paling puas hati bukan yang dapat harga paling murah, tetapi yang faham apa yang mereka beli.

Ejen yang baik akan bantu anda pilih kereta ikut keperluan, terangkan kos sebenar, dan guide dari awal sampai kereta selamat didaftarkan.

Kalau ejen hanya tekan anda untuk cepat booking tanpa penerangan jelas, itu tanda anda perlu berhati-hati.

Kesimpulan

Membeli kereta pertama adalah satu langkah besar dalam kehidupan. Ia boleh jadi pengalaman yang sangat memuaskan, atau boleh juga jadi beban jika tidak dirancang dengan betul.

Nasihat saya, jangan tergesa-gesa. Ambil masa untuk faham kemampuan, tujuan, dan komitmen sebenar.

Kereta yang terbaik bukanlah yang paling mahal, tetapi yang paling sesuai dengan keadaan hidup anda sekarang.

Kalau anda buat keputusan dengan bijak dari awal, insyaAllah perjalanan memiliki kereta pertama akan jadi lebih tenang dan menyeronokkan.

Puan Eima merupkan Ejen Jualan (SA) Perodua yang sah, mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan kereta Perodua.
Jika anda mahu dapatkan kereta Perodua baru, boleh hubungi beliau melalu laman web berikut:
peroduawangsamaju.com peroduacepat.com

Jika anda sedang mencari kereta yang sesuai untuk dimiliki, boleh dapatkan kereta idaman anda dalam senarai kereta.

Apa Jadi Apabila Habis Bayar Loan Kereta?

Apa Jadi Apabila Habis Bayar Loan Kereta?

Punya la happy sebab tiap-tiap bulan tak perlu dah fikir ansuran kereta. Tapi sebenarnya ada beberapa benda penting yang korang kena tahu lepas habis bayar loan kereta ni.
Enjin Overheat: Punca & Cara Menanganinya

Enjin Overheat: Punca & Cara Menanganinya

Dalam artikel ini, kita akan lihat punca enjin overheat, tanda-tanda awal, cara mengatasinya serta langkah pencegahan untuk memastikan enjin sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kenapa Test Drive Penting Sebelum Beli?

Kenapa Test Drive Penting Sebelum Beli?

Ramai orang excited nak beli kereta sampai terus booking tanpa test drive dulu. Sebenarnya, test drive ni sangat penting sebab apa yang nampak best dalam gambar atau video belum tentu…
Persoalan Yang Ejen Jualan Kereta Kena tahu

Persoalan Yang Ejen Jualan Kereta Kena tahu

Jika anda SA kereta, tak kira jenama apa, untuk kurangkan tekanan anda akibat susah dapat pembeli, anda kena tahu mindset pembeli terlebih dahulu sebelum merancang pemasaran atau iklan.
Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Ramai orang beli kereta sebab nampak cantik atau trend semata-mata, tapi sebenarnya benda paling penting ialah kena tengok gaya hidup sendiri.
HabNiaga.com © 2026