Apa Jadi Apabila Habis Bayar Loan Kereta?

Ramai orang rasa lega gila bila loan kereta dah habis bayar. Punya la happy sebab tiap-tiap bulan tak perlu dah fikir ansuran kereta. Tapi sebenarnya ada beberapa benda penting yang korang kena tahu lepas habis bayar loan kereta ni. Ramai ingat settle bayar je terus habis cerita, padahal ada lagi step yang patut buat.

1. Geran kereta jadi milik penuh korang

Kalau sebelum ni kereta masih bawah hak bank, bila loan dah settle maksudnya kereta tu 100% milik korang. Bank dah tak ada tuntutan atas kereta tu. Memang rasa puas sebab akhirnya kereta sendiri tanpa hutang bulanan.

2. Kena dapatkan surat pelepasan bank

Biasanya bank akan keluarkan surat pelepasan atau release letter. Surat ni penting sebab nak buktikan loan dah habis bayar. Kadang-kadang bank auto urus, kadang-kadang korang kena request sendiri. So jangan lupa check.

3. Buat proses tukar hak milik geran

Kalau geran masih ada nama bank atau status hak milik bercagar, korang kena pergi buat pembatalan hak milik di JPJ. Lepas tu baru geran jadi clear tanpa nama bank. Ramai orang terlepas pandang benda ni sebab ingat habis bayar terus settle semua.

4. Duit bulanan jadi lebih lega

Yang ni paling best haha. Bila dah tak payah bayar ansuran kereta, korang boleh guna duit tu untuk simpanan, emergency fund atau tambah komitmen lain. Ada customer Puan Eima dulu lepas settle loan terus sambung simpan duit bulanan tu untuk downpayment rumah pulak. Smart move sebenarnya.

5. Nilai kereta masih ada

Walaupun loan habis, kereta masih ada nilai market. Lagi elok kalau korang jaga servis dan condition kereta. Nanti kalau nak trade in atau jual balik, harga pun masih cantik. Sebab tu penting jaga maintenance walaupun kereta dah habis bayar.

Sepanjang 10 tahun Puan Eima jadi ejen Perodua, memang ramai customer cakap moment habis bayar kereta ni rasa macam satu achievement besar dalam hidup. Yela, bertahun bayar tiap bulan akhirnya selesai jugak. Tapi jangan lupa urus dokumen betul-betul supaya tak pening bila nak jual atau tukar nama nanti.

Puan Eima merupkan Ejen Jualan (SA) Perodua yang sah, mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan kereta Perodua.
Jika anda mahu dapatkan kereta Perodua baru, boleh hubungi beliau melalu laman web berikut:
peroduawangsamaju.com peroduacepat.com

Jika anda sedang mencari kereta yang sesuai untuk dimiliki, boleh dapatkan kereta idaman anda dalam senarai kereta.

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Ramai orang beli kereta sebab nampak cantik atau trend semata-mata, tapi sebenarnya benda paling penting ialah kena tengok gaya hidup sendiri.
Tips Membeli Kereta Baru: Panduan Lengkap untuk Pembeli

Tips Membeli Kereta Baru: Panduan Lengkap untuk Pembeli

Membeli kereta baru adalah keputusan besar yang memerlukan pertimbangan teliti. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, penting untuk mengetahui faktor-faktor utama sebelum membuat pembelian. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu…
Apa Itu Interest Rate?

Apa Itu Interest Rate?

Boleh dikatakan ramai pembeli kereta pertama kurang jelas tentang interest rate. Akibatnya, mereka hanya fokus pada bayaran bulanan tanpa sedar jumlah sebenar yang mereka bayar jauh lebih tinggi.
Tak Ada Slip Gaji Boleh Loan Ke?

Tak Ada Slip Gaji Boleh Loan Ke?

Slip gaji sebenarnya bukan syarat mutlak, tetapi ia adalah dokumen paling mudah untuk bank menilai kestabilan kewangan seseorang.
Kenapa Ramai Beli Perodua Untuk Keluarga

Kenapa Ramai Beli Perodua Untuk Keluarga

Dah hampir 10 tahun handle customer Perodua, dan kebanyakan yg datang beli bukan sebab nak nampak mewah semata-mata, tapi sebab nak kereta yg senang pakai, jimat, dan sesuai utk keluarga.
HabNiaga.com © 2026