Gaji RM2000 sesuai beli kereta apa?

Kalau gaji sekitar RM2000, sebenarnya masih ada peluang utk beli kereta baru asalkan korang pilih ikut kemampuan, bukan ikut trend semata-mata. Saya Puan Eima, ejen jualan Perodua selama 10 tahun, dan saya selalu nasihat customer supaya fikir “selesa bayar bulanan” dulu sebelum fikir nak nampak bergaya. Ramai yg lepas loan sebab ansuran masih dalam range yg bank suka.

Biasanya utk gaji macam ni, model paling sesuai ialah Axia dan Bezza sebab penggunaan minyak jimat, maintenance rendah dan komitmen bulanan tak terlalu berat. Kalau bujang atau baru mula kerja, Axia memang antara pilihan paling selamat. Tapi kalau dah ada family kecil atau selalu balik kampung, Bezza lebih praktikal sebab ruang lebih besar dan lebih selesa.

Jom tengok anggaran kasar kos bulanan beberapa model popular Perodua Perodua:

Model Anggaran Bulanan Minyak Sesuai Untuk
Axia RM380 – RM450 Sangat jimat Bujang, student, first car
Bezza RM450 – RM550 Sangat jimat Family kecil, grab, travel jauh
Myvi RM650 – RM800 Jimat Nak comfort & lebih sporty
Ativa RM800 – RM1000 Sederhana Nak SUV style & tinggi

Anggaran ni bergantung pada deposit, tempoh loan dan rekod CCRIS korang juga. Tapi secara realistik, kalau gaji RM2000, saya memang lebih recommend Axia atau Bezza sebab hidup korang masih balance. Takdelah separuh gaji habis kat kereta je tiap bulan.

Ramai org muda sekarang buat silap sebab terlalu kejar “best” masa beli kereta. Bulan pertama memang seronok, tapi lepas beberapa bulan mula rasa terbeban bila campur minyak, servis, tol dan komitmen lain. Sebab tu saya selalu cakap kat customer, kereta pertama ni biar jadi alat bantu cari rezeki, bukan beban sampai hujung bulan makan megi.

Kalau korang pandai urus kewangan dan pilih kereta ikut kemampuan sebenar, hidup akan jauh lebih tenang. Slow-slow bina kewangan dulu, nanti bila income dah naik, nak upgrade kereta pun lebih puas hati tanpa tekanan.

Puan Eima merupkan Ejen Jualan (SA) Perodua yang sah, mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan kereta Perodua.
Jika anda mahu dapatkan kereta Perodua baru, boleh hubungi beliau melalu laman web berikut:
peroduawangsamaju.com peroduacepat.com

Jika anda sedang mencari kereta yang sesuai untuk dimiliki, boleh dapatkan kereta idaman anda dalam senarai kereta.

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Tips Pilih Kereta Ikut Gaya Hidup

Ramai orang beli kereta sebab nampak cantik atau trend semata-mata, tapi sebenarnya benda paling penting ialah kena tengok gaya hidup sendiri.
Tanda-Tanda Minyak Enjin Perlu Ditukar Segera

Tanda-Tanda Minyak Enjin Perlu Ditukar Segera

Ketahui tanda-tanda minyak enjin kereta anda perlu ditukar segera sebelum kerosakan berlaku. Fahami fungsi minyak enjin dan bila masa sesuai untuk servis kereta anda.
Tips Jimat Minyak Untuk Pemandu Harian

Tips Jimat Minyak Untuk Pemandu Harian

Ketahui tips jimat minyak kereta untuk pemandu harian. Panduan mudah, praktikal dan sesuai diamalkan setiap hari supaya penggunaan petrol lebih berbaloi.
Tips Beli Kereta Pertama

Tips Beli Kereta Pertama

Ramai orang terlalu fokus pada “nak kereta apa”, tetapi lupa fikir “mampu atau tidak jaga kereta itu nanti”.
Enjin Overheat: Punca & Cara Menanganinya

Enjin Overheat: Punca & Cara Menanganinya

Dalam artikel ini, kita akan lihat punca enjin overheat, tanda-tanda awal, cara mengatasinya serta langkah pencegahan untuk memastikan enjin sentiasa berada dalam keadaan baik.
Persoalan Yang Ejen Jualan Kereta Kena tahu

Persoalan Yang Ejen Jualan Kereta Kena tahu

Jika anda SA kereta, tak kira jenama apa, untuk kurangkan tekanan anda akibat susah dapat pembeli, anda kena tahu mindset pembeli terlebih dahulu sebelum merancang pemasaran atau iklan.
HabNiaga.com © 2026